Dalam blog ini, aku akan buat satu slot yang diberi nama Review Movie.
Sebenarnya bukan review pun.
Just simple sinopsis yang aku ingat berdasarkan cerita yang aku tonton.
Dan movie yang aku akan kupas adalah mostly movie Thai.
Kenapa movie Thai..?
Sebab aku memang hantu cerita thai..
Kalau Om-Bak dan cerita aksi lain2 lakonan Tony Jaa memang tak payah nak bagitaw semua orang pasti tahu cerita ni.
Cerita Thai yang aku maksudkan lebih kepada komedi.
Filem komedi Thai pertama yang aku tengok adalah ATM Error.
Cari “ATM Error” menggunakan search box di kanan-atas blog ni utk maklumat lanjut.
ATM Error memang gila-gila punya kelakar lakonan Chantavit Dhanasevi.
Cerita inilah yang menyebabkan aku menjadi seorang (?) hantu filem Thai.
Dlm external aku penuh citer Thai, of course la pirate! (Boleh sedut di asiatorrents.me, daftar dan download guna torrent, aku selalu download movie thai daripada bro SeeingMole, kualiti terbaik)
Chantavit Dhanasevi memang kelakar habis.
Tengok muka dia pun dah buatkan aku gelak.
Bukan sebab muka dia kelakar, tetapi aura lakonan komedia dia terpampang di wajahnya.
Analoginya, korang tengok muka Rowan Atkinson (baru2 ni kecoh kononnya beliau dh Islam, kalau betul, Alhamdulillah), tentu korang akan rasa geli hati sebab terbayang-bayang kisah Mr Bean.
Filem ni mendapat anugerah filem paling kelakar sehinggalah dikalahkan oleh Pee Mak Phrakanong pada tahun 2013.
Dan Chantavit Dhanasevi jugaklah yang bertanggungjawab menjadi pengarah.
Filem Pee Mak Phrakanong memang kelakar abis, lagi kelakar daripada ATM Error for sure.
Aku tengok citer ni memang gelak nyaris nak pecah perut,
terutamanya part yang depa masuk dalam rumah hantu.
Kalau nak berjinak-jinak dgn movie Thai, dua filem ni wajib ditonton dan aku jamin korang akan sukakan movie Thai.
Tapi satu jer permintaan, jgn compare movie Thai dgn movie kita, kalau tak korang akan sakit hati.
Berkali-kali aku cuba untuk yakinkan diri, kalau bukan kita yg support movie tempatan, then saper lagi,
namun aku rasa aku tidak berjaya untuk menyembunyikan hakikat.
Dah lama tak tengok citer Malaysia.
Last sekali adalah Adnan Sempit 3, dah 2 kali sambung tengok tapi tak abis2 lagi.
Dulu kecoh filem KL Gangster 2 bocor sebelum masuk panggung, tapi aku takde rasa pun nak download dan tengok.. nak tunggu kualiti HD dulu dari Astro.