Astro Arena sedang membuat siaran percubaan dalam format Definisi Tinggi/High Definition iaitu Astro Arena HD di saluran 802 dari 13 Ogos sehingga 8 September sempena perlawanan peringkat kumpulan bola sepak Piala Malaysia. Dan sudah tentu saluran ini hanya akan dapat ditonton jika mempunyai set top atau dekoder B-Yond, tak pasti yang tidak melanggan servis HD (+RM20/bulan) dapat atau tidak tonton saluran ini. Tapi, ini adalah permulaan yang baik buat peminat bola sepak Malaysia dapat menonton siaran bola sepak tempatan dalam format HD. Ini kerana rata-rata penonton mempunyai set HDTV di rumah dan jarang yang masih menggunakan tv lama CRT. Menonton siaran SD aspect ratio 4:3 pada skrin lebar TV LED adalah kurang menarik kerana gambar akan jadi pillarboxed (border hitam pada kiri kanan skrin) atau gambar distorted/stretched (gambar ditarik ke penjuru untuk memenuhi skrin) disamping gambar yang kurang jelas atau pixelated (pecah-pecah) kerana saiz footage hanya sebesar 720x576i (sistem PAL yang digunakan Malaysia) berbanding 1920×1080 native resolution untuk HDTV. Kalau sekarang Astro sedang testing untuk bersiaran dalam HD, mungkin tidak lama lagi saluran ini akan mula bersiaran secara rasmi/tetap. Dapatlah aku tonton liga Malaysia dalam HD.

Sebelum ini memang perlawanan liga Malaysia yang tertentu selalunya final Piala Malaysia dan Piala FA akan ditayangkan dalam format HD tetapi pada saluran dalam pakej yang berbeza. Antaranya:

Final Piala Malaysia 2011 (Terengganu-Negeri Sembilan) di Astro Supersport HD 2 (Pakej Sukan)
Final Piala FA 2012 (Sime Darby-Kelantan) di Astro Supersport HD 2 (Pakej Sukan)
Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 (Selangor-Kelantan) di Astro Supersport HD 2 (Pakej Sukan)
Final Piala Malaysia 2012 (ATM-Kelantan) di Astro Mustika HD (Pakej Sukan)
Separuh Akhir Piala FA 2013 (Johor DT-Pahang) di Astro saluran HD 835 (Pakej Sukan)
Final Piala FA 2013 (Johor DT-Kelantan) di Astro Maya HD (Pakej Family)
Barcelona vs Malaysia XI 2013 di Astro Maya HD (Pakej Family)
Final Piala Malaysia 2013 (Kelantan-Pahang) di Astro Maya HD (Pakej Family)
Final Piala FA 2014 (Pahang-Felda United) di Astro Maya HD (Pakej Family)

Siaran pada saluran HD ini tidaklah simulcast (simultaneous broadcast/tayangan serentak) dengan versi SD 801. Dan saluran 802 ini asyik siar games LionsXII je, dah macam takde team lain untuk siar dalam HD. Selain bola piala Malaysia, saluran ini turut menyiarkan perlawanan badminton Kejohanan Dunia dan juga Asian Champions Trophy 2014 (Frenz United).

Diharap selepas percubaan tamat, cepat-cepat la adakan balik saluran HD dan harap-harap HD yang simulcast dengan saluran 801, baru best.

Bacaan lanjut: Astro Arena Buka Saluran HD

Astro Arena HD Saluran 802
Kredit gambar daripada link kat atas (stadiumastro.com)

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

0 thoughts on “Siaran Percubaan Astro Arena HD 802”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *