Assalamualaikum. Hai, dah setahun tak jenguk blog. Dah berkarat dah blog ni haha. OK ke korang semua? Dah 4-5 bulan PKP ni? Stay strong dan sentiasa patuhi SOP serta patuhi arahan KKM & MKN.
Dalam sebulan yang lepas, saya sudah terima email dari Kedai Domain memaklumkan domain akan luput dalam kurang sebulan lagi. Saya abaikan sahaja buat seketika kerana sudah tidak berminat dengan blog lagi.
Walaupun begitu, saya masih mahu renew lagi domain ini cuma low priority dan lebih tumpukan kepada perkara lain. Sehari sebelum luput, saya mahu bayar kos pembaharuan, dan ianya berjalan dengan kurang lancar.
Apabila saya cuba log masuk ke akaun saya, saya dipaparkan dengan amaran “License is not valid”. Cubaan untuk recover password juga memaparkan amaran yang sama.
Saya post masalah yang saya alami di group Fabebook Kedai Domain. Dengan pantas pemiliknya chat dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini. Katanya ada masalah dengan skrip website.
Admin memberikan nombor akaun Kedai Domain untuk dibuat pembayaran dan dalam masa lebih kurang 2 hari, domain Sanazi.my ini diperbaharui untuk setahun lagi (walaupun saya dah tak berminat untuk main blog.)
Tapi sempat panik juga la kerana domain akan luput pada 26hb, 25hb baru nak bayar, ada masalah pulak tu. 26hb saya check rekod WHOIS, masih belum update lagi. Jadi saya backup blog dan database sebagai langkah berjaga-jaga. Nasib baik blog tak offline dan rekod WHOIS dikemaskini pada 27hb.
Lain kali kena renew awal-awal. Sepatutnya saya alert awal-awal, kalau renew domain .MY, akan ambil masa kerana kalau tidak salah (jangan quote saya), permohonan akan dihantar ke pihak MYNIC dahulu dan mereka yang akan uruskan.