Untuk mengisi kategori Kelas Bahasa, aku telah isi dengan pelajaran mengenai loghat Kelantan.
Selain itu aku juga akan cuba menyediakan lirik lagu dikir barat disamping akan memberikan terjemahan sesuai dengan nama kategorinya.
Untuk entry lirik pertama ini aku mulakan dengan lagu dari Halim Yazid “Apo Kobar Oghe Kapong?”.
Halim Yazid
Apa Kobar Oghe Kapong (Apa Khabar Orang Kampung)
Apo kobar oghe kapong
Ambo aghak segar belako
Apo kobar oghe kapong
Ambo haghak segar belako
Kak Cik, Kak We, Kak Nik nga Kak Long
Dok bual gapo tu atah tanggo
Nampok ghalek sangak dok likong
Royak la getek buwi ko ambo
Apa khabar orang kampung
Saya harap sihat semua
Apa khabar orang kampung
Saya harap sihat semua
Kak Cik, Kak Wan, Kak Nik dan Kang Long
Apa yang disembangkan di atas tangga
Nampak asyik sekali buat bulatan
Bagi tahu juga kepada saya
Tengok tari masok doh asar
Tok soh lagi ghalek dok bual
Tengok tari masok doh asar
Tok soh lagi ghalek dok bual
Smetar lagi Pok Nik nok sapa
baru la balik ceruk ko kuba
panah-panah capur nga lapar
bimbe la takok Pok Nik tok sobar
Tengok matahari dah masuk asar
Tak usah lagi asyik bersembang
Tengok matahari dah masuk asar
Tak usah lagi asyik bersembang
Sebentar lagi Pak Nik nak sampai
baru balik dari meragut rumput untuk kerbau
Badan panas dan perut lapar
Bimbang kalau Pak Nik mudah marah
Caro oghe kapong ai napok sene hati
Pete-pete bghipong
Ble-ble ambek anging
Hidok oghe kapong ia come buleh puji
Sikak tulong mnulong kito amal lagi
Cara orang kampung hai nampak senang hati
Patang-petang berhimpun
Sambil-sambil ambil angin
Hidup orang kampung hai cantik boleh puji
Sikap tolong-menolong kita masih amalkan
Apo kobar oghe kapong
Banyok ko wei demo wak padi
Apo kobar oghe kapong
Banyok ko wei demo wak padi
Loni sene tok nyusoh ccedong
Meseng mengete siak nga nnapi
Makan kenye jual pong utong
Atar LPN timbe nga loghi
Apa khabar orang kampung
Banyak ke korang semai padi
Apa khabar orang kampung
Banyak ke korang semai padi
Sekarang senang tak perlu bersusah menuai
Ada mesin mengetam beserta penampi
Kalau makan kenyang; kalau jual untung
Hantar LPN timbang dengan lori
Tane tbaka tu stagho mano
Bunyi kabar ghama doh kayo
Tane tbaka tu stagho mano
Bunyi kabar ghama doh kayo
Tanoh beghih jadi beguno
Kambuh doh habih segenak payo
Penak jeghih usoho demo
Hasil pong bulih belipak gando
Tanam tembakau macam mana
Dengar cerita ramai dah kaya
Tanam tembakau macam mana
Dengar cerita ramai dah kaya
Tanah beris jadi berguna
Habis ditimbus segenap paya
Penat jerih usaha korang
Hasilnya dapat berlipat ganda
Tu napok mace Mak Spungho
Ai nok tanyo wei balek bilo
Tu napok mace Mak Spungho
Ai nok tanyo wei balek bilo
Belah mano keghijo demo
Koli ko lagi ko jjadi ppalo
Bunyi loni koho payoh bbaso
Hok takdok permik balik lah sajo
Itu nampak macam Mat Spuro
Hai nak tanya bila balik
Itu nampak macam Mat Spuro
Hai nak tanya bila balik
Macam mana dengan kerja engkau
Masih lagi kuli atau dah jadi ketua
Khabarnya sekarang semakin susah
Dah takde permit, balik je lah
Caro oghe kapong ai napok sene hati
Pete-pete bghipong
Ble-ble ambek anging
Hidok oghe kapong ia come buleh puji
Sikak tulong mnulong kito amal lagi
Cara orang kampung hai nampak senang hati
Patang-petang berhimpun
Sambil-sambil ambil angin
Hidup orang kampung hai cantik boleh puji
Sikap tolong-menolong kita masih amalkan
Apo kobar oghe kapong
Ambo aghak segar belako
Apo kobar oghe kapong
Ambo haghak segar belako
Kak Cik, Kak We, Kak Nik nga Kak Long
Dok bual gapo tu atah tanggo
Nampok ghalek sangak dok likong
Royak la getek buwi ko ambo
Apa khabar orang kampung
Saya harap sihat semua
Apa khabar orang kampung
Saya harap sihat semua
Kak Cik, Kak Wan, Kak Nik dan Kang Long
Apa yang disembangkan di atas tangga
Nampak asyik sekali buat bulatan
Bagi tahu juga kepada saya
Tengok tari masok doh asar
Tok soh lagi ghalek dok bual
Tengok tari masok doh asar
Tok soh lagi ghalek dok bual
Smetar lagi Pok Nik nok sapa
baru la balik ceruk ko kuba
panah-panah capur nga lapar
bimbe la takok Pok Nik tok sobar
Tengok matahari dah masuk asar
Tak usah lagi asyik bersembang
Tengok matahari dah masuk asar
Tak usah lagi asyik bersembang
Sebentar lagi Pak Nik nak sampai
baru balik dari meragut rumput untuk kerbau
Badan panas dan perut lapar
Bimbang kalau Pak Nik mudah marah
Apo kobar oghe kapong
Apa khabar orang kampung