Assalamu ‘alaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni aku akan buat entry mengenai tab Acer Iconia B1-A71.
Tujuan utama aku beli tab ni semata-mata nak jadikan e-book reader jer.
Bukan nak fully replace fungsi komputer,
kalau ya, kena beli yang high end punya, kalau xdapat iPad, Samsung Galaxy Tab pun dah ok (kot?)
Memandangkan aku memang suka baca komik ditambah manga versi pirate memang senang nak dapat, so aku rasa memang wajar beli satu.
Kenapa perlu tab? Kenapa tak baca kat skrin laptop/komputer je?
Lain padang lain belalang, lain orang lain citarasanya,
Bagi aku, sebab skrin laptop adalah landscape manakala saiz manga pula adalah potret,
so leceh bila baca kena skroll ke bawah tambah2 kalau manga yang di-scan 2 muka dalam 1 gmbar.
Kalau nak buatkan gmbar tu fit saiz skrin, tulisan dialog pulak tak nampak.
Jadi dengan adanya tab ni, bila teringin nak baca komik, capai je benda ni.
Kalau laptop, kena on dulu kalau dah shut down, nak tunggu dia boot up tu mmg OMG.
Satu lagi, benda ni boleh dibaca semasa baring-baring macam baca komik yang betul punya, laptop boleh ke buat macam ni?
Harga memang termurah setakat yang aku beli.
Baik beli yang ni daripada beli jenama China punya, sekali rosak terus awok lempor dalam sungai.
Specs & Pengalaman Penggunaan
Android 4.1.2 (Jelly Bean)
MediaTek 1.2 GHz dua-core processor. Processor boleh tahan. Boleh multitasking. Tapi kalau bukak banyak apps, boleh tahan dia punya lag.
16 GB internal memory. Ada yang versi 8 GB. Boleh tambah external SD Card, tapi dgn 16 GB, xyah memory card dah kot.
512 MB RAM. RAM sangat tak sesuai untuk gaming, kalau game biasa dan ringan macam Angry Birds, Cut the Rope etc ok, tapi game Subway Surf sangat laggy (Subway Suft mmg byk lag dalam devices member2 aku, gaming yang xlag hanya pada Samsung Galaxy Note 2 roomate aku), game Bucketz mmg langsung xleh nak launch, game Pudding monster (daripada pembina game Cut the Rope) akan crash masa tengah main, semuanya gara2 RAM yang rendah.
Skrin LCD TFT bersaiz 7 inci dgn resolusi WSVGA (1024×600). Dengan saiz ni, manga scanlation yang biasa diambil dari mangafox dan laman seumpamanya boleh dibaca dengan jelas walaupun imej tidak di zoom in, kalau saiz dilogue buble lagi kecik terpaksa la zoom in.
Kamera 0.3 MP. Rasanya kamera bagi aku langsung xde fungsi. Sebab kamera depan hanya untuk video call dan tilik muka konon macam cermin je. Aku xpakai fungsi ni. Aku nak kamera belakng buat amek gambar pemandangan, bukan gambar sendiri.
GPS
Wifi IEEE 802.11 b/g/n. Kekuatan modem dia boleh tahan la kalau nak bandingkan dengan modem laptop aku.
Bluetooth 4.0
Rechargeable Lithium-ion battery 10 W. Bateri dia boleh la tahan kalau setakat nak baca ebook je (backlight skrin sentiasa on time baca e-book), sekali baca ada la kurang satu bar. Kalau baca e-book untuk sejam dan main game dalam 30 minit, lepas tu main esok pulak, bateri boleh la tahan 2-3 hari. Kalau guna tanpa henti memang bateri tak tahan lama.
Dimensi: 197.4mm x 128.5mm x 11.3 mm (Tinggi x Lebar x Tebal)
Specs lanjutan daripada GSM Arena
Review dan komen pengguna daripada GSM Arena
Software dan Apps of course download dari Google Play Store, selamat dan dijamin tiada virus. Kalau nak cari apps yang cracked, ada orang install BlackMart dalam peranti diorang, tapi aku tak berani guna approach yang ni. Aku akan download file APK kat laptop, scan baru transfer ke tab. Kalau anti-virus ada detect virus, aku takkan sekali-kali transfer. Walaupun, kita tahu software yang cracked sering kali akan dikesan sebagai virus kerana terdapat kod untuk bypass limitation. Tapi aku tak nak amek risiko, mana taw kalau betul2 virus. Kalau Google Play Store korang ada problem, crash, sila baca sini utk penyelesaian.
P/S: Komik tempatan pun agak senang jugak nak dapat sekarang, klik sini. Tapi sejak laman perkongsian Jiwang dan bungkus kerana ‘headquater’nya dah diserbu, tak tahu nak carik kat mana komik tempatan versi pirate scans. Jiwang Torrent pun menerima nasib yang sama, dah tak boleh nak sedut movie Melayu versi High Definition daripada bro HaQeim.