Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah lama tak update blog ni. Baiklah tanpa melengahkan masa, hari ini aku akan tunjukkan cara-cara untuk mendapatkan melanggan preview atau pratonton percuma Astro (Astro Free Preview – Freeview) daripada pakej tertentu untuk tempoh masa 2 hari atau 48 jam. Sebenarnya aku pernah dapat preview lebih daripada 48 jam. Risau jugak kalau-kalau tiba-tiba dia masukkan dalam subsciption, karang tak pasal-pasal kena bayar mahal nanti sampai bil.
Tujuan aku buat tutorial ini kerana sambungan entry tentang Astro memberikan pratonton percuma saluran HD kepada pengguna dekoder B.yond tapi tidak melanggan pakej Family HD. Aku perasan ada pengunjung blog rojak ini yang terlawat entry itu kerana sebenarnya dia mencari tutorial yang baru aku buat ini. Sebab itulah aku buat post ini untuk kali ini.
Baiklah, cukup la pembuka kata. Jom terus ke tutorial. Untuk tutorial ini, aku akan tunjukkan caranya untuk mendapatkan pratonton saluran-saluran dari pakej Sport. Kalau dah ada pakej Sport boleh juga untuk dapatkan pakej-pakej yang lain seperti Mustika, Indo Pack dan Movies. Caranya adalah sama saja.
Update 2020: Sila beralih ke tutorial terkini setakat 23 Ogos 2020 – https://sanazi.my/cara-dapatkan-pratonton-astro-percuma/
Langkah-langkah melanggan pratonton percuma Astro
Mula-mula, pergi ke Astro Service Portal di saluran 200. Tunggu dia siap loading maka akan keluarlah skrin yang macam di bawah ni. Kalau skrin hitam jer untuk tempoh yang lama jangan la panik pulak. Aku perasan yang masa untuk loading saluran 200 dan saluran Astro First (481) jadi sangat-sangat lebih lama setelah bertukar dari dekoder biasa Thompson kepada B.yond.
Tips (Rasanya tak perlu kot, tak kan tak tahu): Gunakan butang navigasi atas bawah kiri kanan untuk bergerak dan butang OK untuk pilih.
Pilih UPGRADE/BUY PACKS
Pilih Sport. Nanti dia tanya ada melanggan tak pakej Value iaitu sama ada Pek Nilai, Wah atau Namma. Kalau ada pilih Yes kalau takde pilih No.
Untuk melanggan Sport, minimum satu pakej mini diperlukan. Pilih mana-mana yang anda suka sama ada dari satu hingga empat sekali gus. Aku pilih Learning dan Variety jer. Jangan risau yang ini juga pratonton, takkan masuk dalam bil pulak nanti. Tekan je Next.
Lepas tu korang kena hantar sms. Ikut je kod yang tertera pada skrin. Setiap sms yang dihantar dicaj 15 sen kalau tak silap aku. Yang ni aku pakai nombor Maxis, kalau operator yang lain tak tahu la, tapi takkan la tak sama.
Lepas dah hantar boleh terus buka saluran yang dipesan tadi, tak payah tunggu dia reply sms.
Sekali lagi diingatkan, preview hanya valid untuk 2 hari sahaja. Pratonton percuma Astro ni boleh diulang langgan setiap 6 bulan untuk setiap pakej. Kalau hari ini sudah langgan preview pakej sukan, kena tunggu 6 bulan lagi untuk langgan semula. Tapi kalau minggu depan nak langgan preview pakej lain pulak, let say, Movies pulak, boleh je.
Itulah saja untuk entry kali ini. Harap membantu. Sudi-sudi la ya kiranya like dan follow blog ini. Jumpa lagi di entry yang lain ya. Assalam.