Sebelum ini saya telah transfer domain name .MY ini ke registrar yang lain selepas tidak berpuas hati dengan registrar yang lama. Saya telah transfer domain name .MY saya ini ke iwhost.com. Saya putuskan untuk berhijrah ke iwhost.com kerana harga yang ditawarkan ialah RM90 setahun, agak murah juga berbanding websites yang lain.

Sebelum putuskan untuk guna iwhost.com saya bercadang untuk consider Zenpipe atau Spanlogic kerana harga yang lebih murah masing-masing RM80 dan RM85. Tapi saya tak pilih mereka kerana…

Zenpipe – Tak ada sebarang announcement terbaru di website mereka, laman-laman sosial mereka juga sepi tak dikemaskini, saya was-was sama ada mereka masih beroperasi atau sudah tidak.

Spanlogic – Sama macam Zenpipe, malah hampir tiada langsung profile akaun di media-media sosial.

Setahun berlalu, bulan ini iwhost sudah hantar invoice untuk renewal domain name saya. Saya dapati harga domain name .MY sudah dinaikkan kepada RM119.90 sebelum tax. Jadi saya perlu sekali lagi angkat kaki ke registrar yang lebih murah.

Saya visit balik Zenpipe dan Spanlogic.

Zenpipe – Saya go through process pendaftaran dummy domain name, saya dapati harga domain name .MY RM100 sebenarnya, bukannya RM80.

Spanlogic – Saya tak jumpa cara untuk initiate transfer process kepada mereka. Saya hantar email pertanyaan kepada mereka. Kat sini saya boleh tentukan kalau email dibalas, maknanya mereka masih beroperasi. Email saya dibalas, malangnya mereka maklumkan tak offer domain transfer buat masa ini.

Selepas membuka setiap registrar yang tertera di senarai resellers MYNIC, saya putuskan untuk transfer dulu ke icore, sebab harga untuk transfer ialah RM79 sahaja.

Apa yang saya buat kali ini ialah go through process domain name transfer termasuk buat pembayaran. Selepas itu, saya tukar invoicing party daripada SKSA/iwhost kepada icore di portal self care MYNIC.

Process domain name transfer

Keesokan paginya (Sabtu, 13 Julai 2024), domain name saya telah diperbaharui untuk setahun lagi, maka selesailah process transfer domain name saya ke registrar yang baru.

Domain name ini kini aktif di icore

The bad news is, harga renewal yang seterusnya ialah RM130, saya dah tahu awal-awal sebenarnya sebelum transfer lagi, tapi disebabkan harga transfer RM79, paling murah di antara semua pilihan yang lain, saya masih memilih icore. Bila sampai masa untuk renewal yang seterusnya, saya pasti anda boleh agak what’s gonna happen next. Saya dah ada plan destinasi yang seterusnya, hahaha…

UPDATEPerkara di luar dugaan telah terjadi…

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

One thought on “Transfer Domain Name .MY Sekali Lagi”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *