Tiada apa lagi ungkapan yang mampu aku luahkan kecuali menegaskan tajuk entry blog aku kali ni. Betapa berbulunya mata aku melihat Skuad Penyu bersorak gembira meraikan kemenangan meraih Piala FA buat kali kedua. Dan betapa berbulunya aku melihat Coach Irfan Bakti, anak jati Kelantan meraikan kemenangan keatas negeri tumpah darahnya sendiri. Tiada istilah berputih mata yang wajar dilontarkan kerana semua ini telah ditakdirkan. Mereka TRW Malaysia telah pun berusaha bersungguh-sungguh.
Dengan jaringan pertama Awe sedikit membakar semangat aku untuk meyakinkan diri bahawa Klate mampu menjulang Piala FA buat julung kalinya dan membawanya pulang ke bumi Cik Siti buat pertama kali. Tetapi aku sedikit gusar kerana selepas kemenangan 3-0 keatas Terengganu menyebabkan Terengganu turun kali ini dalam keadaan merpati yang patah sayap dan akan membuat apa sahaja untuk menyembuhkan patah sayap mereka. Dan aku memang rasa tidak sedap hati kerana, rekod kemenangan berturut-turut dalam liga super menyebabkan kemungkinan kelantan akan kalah dalam tempoh terdekat amat besar. Dan akhirnya kegusaran dan ketakutan aku terbukti apabila terengganu bangkit di saat-saat akhir menyamakan kedudukan dan seterusnya menumbangkan kijang dengan 2-1.
Bagi pandangan aku sendiri, insiden penonton membaling mercun ke atas padang menjadi salah satu punca pemusnah Kelantan yang sememangnya sudah pun berada di ambang kemenangan.Kenapa aku berpandangan sebegini? Bayangkanlah sendiri, kerana insiden tersebut, perlawanan terhenti selama lebih kurang tiga ke empat minit. Disebabkan itu jugalah kiraan masa perlawanan sebenarnya yang sepatutnya hanya tambahan masa dua tiga minit, tetapi selepas insiden itu, masa berlawanan berlanjutan ke 96 minit kemudian tambahan masa empat minit diberikan, disaat itulah Terengganu mengambil peluang merapatkan kedudukan.
Tapi tak mengapalah. Musim depan ada lagi. Dari awal-awal pusingan satu lagi aku memang tak berharap kerana game ini berformat kalah mati, aku mengharapkan kejuaraan liga super sahaja. Dan pada pusingan pertama lagi Kelantan hampir-hampir digilis oleh T-Team apabila Indra menyamakan kedudukan dan Mat Yo pulak gagal menyumbat sepakan penalti. Tetapi harapan aku yang tidak mengharap bertukar apabila Kelantan berjaya ke Peringkat akhir mengulangi pencapaian musim 2009 selepas menumpaskan finalist-mate musim 2009 iaitu Selangor, dengan agregat yang agak boleh tahan. Aku memang dah menyangka kalau Kelantan berjaya ke final, walau macam mana pun, akan bertemu dengan Terengganu. Dan sangkaan aku yang menjadi kenyataan itu hampir-hampir meleset apabila Pahang nyaris-nyaris menundukkan Terengganu pada first leg semi-final di Kuantan.
Walau apa pun, tahniah kepada Penyu kerana berjaya kali ini. Tahniah juga kepada Kijang kerana berjaya sampai sejauh ini dan berjaya melopongkan mulut beribu-ribu penyokong Terengganu pada awalnya. Dan, bermula dengan ini, menandakan bermulanya era pasukan bola sepak pantai timur sebagai kuasa gergasi di mata negara. Pasukan yang dulunya besar, kian tenggelam musim demi musim. Kecuali Selangor yang still consistent. Dan bagi aku pula, penguasaan negeri pantai timur di pentas akhir menyebabkan aku dengan bangga dan kembang hidungnya meyatakan yang aku bangga dilahirkan sebagai warga pantai timur.
Walaupun aku dilahirkan Kelantan, namun aku tidak bersikap kenegerian. Walaupun aku menyokong hebat pasukan The Red Warriors, dalam masa yang sama aku tetap sokong pasukan lain. Contohnya, time Selangor lawan Terengganu, aku sokong Terengganu. Kerana Terengganu adalah negeri pantai timur sama seperti Kelantan. Walaupun aku sedar kemenangan Terengganu akan memintas kelantan di kedudukan pertama liga, namun itu tidak menjadi isu kerana semangat kesukanan dan sokong menyokong itu yang lebih bernilai. Bola sepak untuk unity dan bukannya untuk menimbulkan persengketaan. Kelantan dan Terengganu bukan sekadar berjiran, malah boleh dianggap sebuah keluarga. Kerana berkongsi loghat timur yang hampir sama walaupun bunga bahasa yang major agak berbeza.