Sebelum ini saya sudah maklumkan saya sedang mencuba beberapa cloud hosting percuma untuk hoskan blog saya ini. Apa yang saya boleh simpulkan adalah there is no such thing as free lunch.
Setelah menggunakan Google Cloud Platform free tier, saya boleh sahkan kos untuk menggunakan VM adalah percuma namun dengan menggunakan VM sahaja tidak memadai untuk memasang WordPress di sana.
Untuk menggunakan WordPress dengan lebih optimum di sana saya perlu reserve static IP untuk VM saya, namun static IP bukan percuma. Saya boleh gunakan ephemeral IP / dynamic IP namun apabila saya reboot VM, IP baru akan diberikan dan saya terpaksa halakan semula domain ke IP address yang baru.
Walaupun saya gunakan dynamic IP sekali pun, kos untuk trafik ke blog juga perlu dibayar. Semakin banyak trafik, semakin banyak yang perlu dibayar. Blog dan trafik memang tidak boleh dipisahkan, maka saya simpulkan GCP free tier adalah experiment yang gagal.
Saya cuba pula Oracle free tier. Hardware tersedia untuk free tier lebih baik. Kelemahannya ialah tidak ada automatic installer WordPress untuk free tier. Saya perlu install WordPress secara manual dan rumit untuk newbie seperti saya.
Alternatifnya dengan menggunakan CyberPanel. CyberPanel ialah panel kawalan yang diupayakan oleh LiteSpeed. Masalah dengan installation CyberPanel, kadang-kadang akan keluar error semasa proses pemasangan. Saya perlu delete dan create VM baru dan mulakan dari awal dan harapkan tiada error yang akan muncul.
Jika installation berjalan lancar. WordPress kemudiannya boleh dipasang dengan mudah. Setakat ini saya boleh katakan Oracle free tier adalah experiment yang berjaya. Hanya sedikit masalah sekiranya Ubuntu pasang update dan perlu restart, WordPress akan offline dan saya perlu restart server untuk onlinekan semula WordPress.
Saya juga mencuba Microsoft Azure free tier. Saya boleh katakan experiment gagal pada hari pertama lagi. Free tier hanya tersedia untuk pemasangan WordPress basic, yang bukan optimized dari Bitnami. Kalau mahu gunakan yang versi Bitnami yang merupakan pilihan saya, ianya bukan free tier.
Saya pasang sahaja WordPress yang basic itu, VM memang free tapi database yang digunakn oleh Azure adalah berbayar, maka memang mustahil untuk guna WordPress percuma di sana.
Saya masih belum cuba Amazon AWS free tier, jadi saya tidak boleh ulas. Namun saya khuatir mahu gunakan free tier AWS kerana kononnya kad kredit akan dicaj secara auto jika penggunaan tidak termasuk di dalam free tier. Kalau yang tiga di atas saya berani kerana kad tidak akan dicaj secara auto selagi saya tidak dengan sengaja upgrade ke akaun berbayar.
Jadi setakat ini saya berpuas hati dengan blog saya dihoskan di Oracle free tier, diupayakan oleh webserver OpenLiteSpeed dan CyberPanel control panel.
saya baru berjinak-jinak menggunakan gcp sebelum ni buat web biasa, sekarang ni beralih arah nk buat blog.
kalau ada masa nanti bolehla singgah blog saya.
[…] Sebelum ini saya sudah maklumkan saya ada mencuba beberapa service cloud computing free tier daripada beberapa nama-nama besar seperti Google: Google Cloud Platform (GCP), Microsoft: Microsoft Azure dan Oracle: Oracle Cloud Infrastructure (OCI). Akhirnya saya putuskan Oracle Cloud Free Tier adalah yang terbaik. […]