YES Altitude
Beli YES Altitude dapat sekali starter pack dan topup RM100.

Assalamualaikum. Agak lama juga blog ini terbiar. Kali ini nak cerita sedikit tentang smartphone YES Altitude, sebuah smartphone mampu milik yang menyokong fungsi VoLTE.

YES Altitude
Sumber gambar: laman web yes.my

Tujuan beli

Tujuan utama smartphone ini dibeli kerana kad sim yang didatangkan sekali dengan pelan internet YES tidak dapat dibaca oleh sebarang peranti 4G, terhad kepada peranti terpilih sahaja. Nak beli smartphone yang gempak, harga dia pun gempak, maka eloklah beli smartphone ini yang berharga RM399 sahaja. Kalau tidak, rugi lah data setiap bulan sebanyak 8GB tidak digunakan.

YES Huddle
Pakej Internet percuma kad sim LTE

Masa tengah cari smartphone YES Altitude ini, terpandang pula telefon Samsung galaxy J1 yang berharga RM450 (lebih kurang) malah merupakan salah satu peranti yang serasi dengan kad sim YES. Kalau beli smartphone Samsung yang itu memang akan dapat sekali starter pack (prepaid) YES.

Kalau setakat beza RM50, lebih rela beli Samsung sebab barang memang branded.

Harga YES Altitude

Masa tanya pasal smartphone YES Altitude dan Samsung J1 ini di kedai YES, orang kat kedai tu cakap kalau beli dengan YES harga RM399, kalau beli dekat tempat lain harga RM299.

Terkejut juga kenapa kalau beli terus dengan YES lebih mahal berbanding beli dengan kedai lain.

Lepas tu terus ke kedai lain dan bertanyakan harga smartphone YES ini. Memang betul harganya RM299 dan akan dapat percuma topup RM100.

YES Altitude
Beli YES Altitude dapat sekali starter pack dan topup RM100.

Bila dah harga murah macam tu, terus hilang nama Samsung dari kotak fikiran dan terus angkat YES Altitude. Yang penting smartphone itu dapat baca kad sim YES dan dapat buat tethering/hotspot untuk digunakan pada PC.

Kali pertama menggunakannya

Smartphone ini boleh pakai dua kad sim. Kad sim yang sedia ada (supplementary untuk pelan internet) dimasukkan pada slot pertama dan kad sim yang baru dimasukkan pada slot kedua.

Kad sim slot pertama dijadikan kad sim default untuk langganan 4G/3G manakala kad sim slot kedua dijadikan default untuk call. Kad sim slot pertama diterima manakala sim slot kedua menunjukkan emergency call only, tak komplen sebab mungkin kad sim masih belum didaftarkan.

clixsense
Buat side income dalam USD, jom!

Lepas seharian tapi kad sim masih lagi emergency call jadi mula rasa lain, takkan orang kedai lupa untuk daftarkan kot. Kalau dapat sim kad yang reload hanya RM10 kebawah macam starter pack yang lain takpe lah jugak, sebab selepas ini memang kad sim ini tidak akan digunakan pun. Tapi sebab dapat topup RM100 jadi sayang lah jugak kalau hangus macam tu aje.

Lepas tu, try set sim slot kedua pula jadi kad sim default, terus sim slot kedua diterima dan sim slot pertama pula yang jadi emergency call only. Maka kesimpulannya, smartphone ini dual sim slot, tapi bukan dual standby.

UPDATE:
Sedikit pembetulan. Sebenarnya telefon ini hanya boleh aktif dengan mode 3G/4G untuk satu sim sahaja. Sim yang satu lagi akan jadi mode 2G (GPRS/EDGE). Sebab itulah bila saya pasang dua sim YES, satu sim lagi akan jadi takde line. Sebab YES hanya beroperasi dengan rangkaian 4G sahaja.

Kalau masukkan sim telco lain ke dalam YES Altitude, dia akan detect setakat 3G sahaja. Bukan YES block tapi kerana gelombang 4G yang YES gunakan tidak sama dengan kebanyakan telco lain. Sebab itulah juga bila masuk sim YES ke telefon 4G yang bukan supported devices, atau telefon lama (3G), sim jadi takde line seolah-olah telefon itu tak boleh baca sim YES, padahal boleh je cuma YES sahaja tiada rangkaian 3G/2G.

Yes Altitude Sim Manager
Tidak dapat gunakan dua sim serentak

Smartphone ini hanya ada 1GB ram, jadi website yang sarat dengan gambar memang agak lag jadinya untuk dibuka.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *