Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam perkongsian yang lepas saya sudah jelaskan yang saya sedang mencuba Google Cloud Platform free tier. Saya juga ada memaklumkan akan berpindah ke server lain jika tidak berjalan dengan lancar.
Segalanya serba tidak menjadi kerana ternyata RAM 0.6GB yang diberikan oleh Google memang tidak mampu untuk menampung blog saya. Kerap kali down dan hanya akan up semula selepas saya reboot server. Duit juga berjalan dengan laju melebihi target saya, maka memang tenyata perjalanan saya di GCP terhenti di situ sahaja.
Saya ada list beberapa penyedia cloud computing dengan pilihan free tier. Selepas gagal bersama Google, pilihan kedua saya untuk bereksperimen ialah Oracle Cloud Free Tier. Free tier yang ditawarkan oleh Oracle nampak lebih menarik dengan Ram 1GB ditawarkan secara percuma.
Saya gunakan tutorial ini daripada IdeaSpot untuk membina server untuk blog WordPress saya.
Pendaftaran dengan Oracle tidak berjalan dengan lancar. Selepas mencipta akaun dan sampai ke skrin pengesahan yang menyatakan akan menghantar email dalam tempoh 15 minit, saya langsung tidak dapat sebarang email. Percubaan untuk log masuk gagal kerana sistem tidak menemukan akaun saya. Percubaan untuk cipta akaun sekali lagi juga gagal kerana sistem menyatakan akaun saya sudah wujud. Jadi…?
Beberapa hari kemudian akhirnya saya terima email pengesahan daripada Oracle Cloud dan dapat akses akaun saya. Saya cipta akaun pada hujung minggu, saya langsung tidak mengjangkakan jika itu akan menyebabkan delay, saya jangkakan ianya automatik dan serta merta. Tapi tidak mengapa lah, sekarang sudah selesai.
Proses untuk memasang CyberPanel, WordPress dan memuat naik semula blog saya daripada file backup juga berjalan tidak lancar. Saya membuat kesilapan di sana sini sehingga menyebabkan saya terpaksa memulakan semula dan merumitkan proses yang sepatutnya ringkas sahaja.
Selepas mencuba buat kali kedua dan lebih berhati-hati akhirnya blog ini dapat dipulihkan semula dengan keadaan asal seperti yang ditempatkan di GCP. Proses seterusnya ialah untuk menilai adakah sesuai untuk blog saya diletakkan di sini. Jika tiada langsung down time atau jarang-jarang sekali, pasti saya akan kekal di sini.
Satu hal lagi, untuk mencuba Oracle Cloud ini, maklumat pembayaran (kad kredit / debit) diperlukan untuk tujuan pengesahan. Yang ini obvious bagi elakkan orang abuse free tier mereka. Mungkin $1 dicaj dan dikembalikan semula untuk tujuan pengesahan.
[…] nama-nama besar seperti Google: Google Cloud Platform (GCP), Microsoft: Microsoft Azure dan Oracle: Oracle Cloud Infrastructure (OCI). Akhirnya saya putuskan Oracle Cloud Free Tier adalah yang […]