Selepas saya putuskan untuk tinggalkan NetKL. Saya sedang mencuba menggunakan Google Cloud Platform Free Tier untuk tempatkan blog WordPress saya ini. Saya akan nilai sama ada berbaloi untuk menggunakannya. Kemudian saya akan decide untuk terus menggunakannya atau berhijrah selepas saya mengambil masa yang mencukupi.
Sebenarnya saya sudah lama tahu dan berniat untuk mencuba hosting percuma Google ini, namun saya belum berkesempatan untuk berbuat demikian. Kalau bagus, mungkin saya kekal di sini, kalau tidak, saya masih ada beberapa penyedia hosting terkemuka seperti Amazon dan Microsoft yang turut menyediakan free tier untuk dicuba.
Saya menggunakan video ini sebagai guideline asas menggunakan Google Cloud Platform (GCP), namun saya tidak mengikuti sepenuhnya. Video berkenaan fokus kepada memasang WordPress menggunakan enjin Apache, namun saya lebih menjurus kepada LiteSpeed.
Kalau mahu tahu lebih lanjut mengenai Apache dan LiteSpeed, anda boleh buat kajian sendiri. Dengan itu, saya pasti anda akan turut jumpa nama-nama lain seperti Nginx, Lighttpd dan lain-lain.
Sila baca baik-baik syarat-syarat untuk free tier. Saya tidak ikut sepenuhnya, maka saya telah dikenakan bayaran beberapa puluh sen setiap hari. Namun tidak menjadi masalah kerana GCP memberikan kredit percuma sebanyak $300 untuk 90 hari. Trial tamat jika mana-mana dari 2 tadi dicecah terlebih dahulu.
2 Sebab Saya Mungkin Angkat Kaki
Pertama: Caj yang dikenakan – Saya mulakan satu projek dengan mixed configuration antara free tier + non-free (Projek A). Kemudian saya buka satu projek 100% non-free (Projek B) dan satu projek 100% free tier (Projek C).
Pada mulanya saya dikenakan caj berbaloi untuk projek A, caj yang agak mahal untuk Projek B dan tiada caj untuk Projek. Lama kelamaan saya mula dikenakan caj yang agak ketara untuk projek A, malah Projek C juga dikenakan caj.
Mungkin disebabkan saya telah buat banyak-banyak projek membuatkan saya telah melanggar syarat-syarat free tier. Maka saya telah delete Projek B dan Projek C, dan saya akan mula menilai kembali.
Lihat pada gambar di atas – Projek B dan Projek C saya sudah padamkan selepas menggunakannya untuk beberapa hari atau minggu (tak pasti). Projek A pula lebih kurang sebulan dan sudah melebihi RM20. Untuk harga sebegitu (lebih kurang $5) saya boleh dapatkan configuration yang lebih powerful di tempat lain seperti Digital Ocean, Linode dan Vultr.
Kedua: Blog down dan tidak dapat diakses – Disebabkan RAM untuk free tier sangat kecil (0.6GB) banyak kali juga blog ini down, lebih teruk berbanding downtime dari NetKL. Saya terpaksa restart VM untuk memulihkannya.
Jika caj yang dikenakan melebihi bajet saya, tidak ada sebab untuk saya kekal di sini. Lebih baik saya menggunakan shared hosting atau WordPress hosting sahaja.
Jika saya angkat kaki, saya akan cuba Cloud Compute providers yang lain pula. Jika semua tidak best, barulah saya akan gunakan shared hosting atau WordPress hosting .
[…] beberapa service cloud computing free tier daripada beberapa nama-nama besar seperti Google: Google Cloud Platform (GCP), Microsoft: Microsoft Azure dan Oracle: Oracle Cloud Infrastructure (OCI). Akhirnya saya putuskan […]