Tajuk: Perfect Chinese Through English
Penulis: Dr. Anita
Pengeluar: Crescent News (K.L.) Sdn. Bhd.
Bil. Muka Surat: 142
Harga: RM15.90
Ceh bajet nak belajar bahasa Cina, so beli la buku ni. Bila dah beli, campak jer buku ni kat atas meja. Bila ambik balik buku ni lepas tu, dah berkulat pun. Buku ni adalah trilingual: Tulisan Cina + Romanized + Maksud dalam English. Tapi nak sebut perkataan tu agak susah jugak la sebab di awal-awal bab dah diajar cara sebutannya dan sebutannya melanggar hukum BI dan BM seperti huruf Q perlu disebut sbg CH, huruf ZH sbg huruf J, lepas tu ada simbol untuk tone tinggi rendah buatkan aku campak terus buku ni. Yg paling tak bestnya kalau tulisan romanized utk perkataan cina dieja rapat-rapat membuatkan aku susah nk bezakan kat mana perkataan pertama berakhir dan bila perkataan seterusnya bermula. Kalau aku boleh baca direct daripada tulisan Pinyin tu ok la jugak. Buku ini disusun dalam bentuk soalan dan jawapan untuk perbualan dan perkara-perkara yang biasa berlaku dalam seharian seperti kata sapaan, bertanya arah jalan dan sebagainya.