Remote Astro rosak. Kalau beli yang baru, terutamanya yang tak original / tiruan di supermarket dan pasar malam, will it work?
Alat kawalan jauh ataupun remote Astro saya sudah rosak. Astro ni kalau tanpa remote memang susah nak tukar saluran ataupun nak check program guide.
Selalunya kalau remote rosak, contohnya remote tv, saya tekan di tv je lah, tak susah pun. Belum pernah lagi cari remote gantian. Tapi kalau Astro, mana ada nombor kat dekoder, takkan nak tukar dari TV1 (101) ke saluran sukan (800++) pakai butang CH+ pulak. Leceh tu. Nak tak nak memang kena beli yang baru.
Punca remote ini rosak, selain sebab selalu sangat terjatuh, saya syak kerana bateri yang saya pakai berkemungkinan bateri tiruan ataupun bateri stok lama. Bila saya check bateri dalam remote tu dah pecah dan sebahagian catnya sudah tertanggal. Jenama Energizer pulak tu, bukan bateri cap ayam pasar malam. Jadi mungkin cecair bateri tersebut telah rosakkan papan litar remote Astro.
Hampir kesemua butang tak boleh ditekan, butang-butang nombor yang boleh ditekan pun jadi keluar nombor 9 walaupun saya tekan butang nombor lain. Saya try pakai bateri baru, tetap tak jadi juga.
Saya beli remote tiruan di pasar raya. Saya beli dua, sebagai backup kalau satu tak jadi, ada satu lagi. Kalau dua-dua tak jadi, terpaksa kena contact Astro lah, kat mana nak dapatkan remote original.
Model pertama yang saya pilih, model yang hampir sebijik dengan model remote asal.
Model kedua pula, yang ini rasanya model yang lebih baru sikit. Warna hitam dan saiz lebih kecil. Sedap sikit rasa masa pegang remote ini.
Saya pilih untuk cuba remote warna hitam terlebih dahulu. Untuk test remote baru ini menjadi atau tidak, lepas dah pasang bateri tu, kena masukkan nombor kod yang diberikan.
Tekan dan tahan butang “home”, sambil butang “home” masih ditekan, tekan butang 0, 0, dan 1 (001) satu demi satu. Setelah dah masukkan nombor 001, butang “home” boleh dilepaskan.
Nombor kod ini bergantung kepada model asal remote update: sila rujuk nota*. Kalau model-model terkini, nombor kod ialah 001. Kalau model yang lama warna biru gelap tu kodnya ialah 002, 003, dan 004, sila rujuk gambar. Ada lagi ke yang masih pakai dekoder Astro dengan remote biru gelap ni?
Lepas dah masukkan nombor kod tersebut, Alhamdulillah remote baru yang hitam ini menjadi. Remote putih simpan buat backup. Cuma harap-harap tidak sekadar bertahan untuk sehari dua atau sebulan dua sahaja. Hari ini ialah Hari Malaysia (16 September 2018), saya akan update nanti kondisi terbaru remote berkenaan setelah beberapa ketika menggunakannya.
*Nota: Di sini kurang jelas mengenai kod-kod ini. Saya gunakan kod 001 kerana model lama saya warna putih yang memerlukan kod 001, remote gantian warna hitam juga menunjukkan kod 001, tiada kekeliruan di sini. Jika remote asal saya berwarna biru yang ditandakan dengan kod 003, adakah saya perlu gunakan kod 003 atau 001? Jika anda mempunyai situasi seperti ini, sila cuba kedua-dua kod sehingga remote baru berfungsi.
Yang best dengan remote ini, butang “power” tv boleh buka/tutup kedua-dua tv dan dekoder Astro dengan sekali tekan butang berkenaan. Sementara remote asal yang original tak boleh buat macam ni, butang “power” tv hanya untuk on/off tv sahaja.
Jadi kalau anda alami masalah remote Astro rosak, saya sarankan pergi cari remote original walaupun mahal sikit. Tapi kalau susah nak cari yang original ataupun sengaja nak jimat, boleh try remote tiruan dulu. Asalkan masukkan nombor kod yang sesuai untuk unlock setup/unlock remote itu.
Salam tuan. Boleh saya tahu beli di mana? Tq
Tak faham, macam mana nk set remote astro yg hitam tu.. puas mencari button menu tak jumpa dkt remote
Maaf, salah tulis. Butang “home” sebenarnya.
Menjadi..thanks
Sangat menjadi. Terima kasih atas info yang d berikan ????