You have received an offer of $0.50 from NeoBux. saya perasan ada entry baru dalam history Neobux. Bila bukak, itulah mesej yang saya terima. saya terkejut jugak, saya tak menang AdPrize pun, tak dapat bonus daripada Mini Job mahupun ada membuat sebarang offer untuk mendapatkan ganjaran.
Bonus daripada cabutan bertuah
Saya pun cuba cari maklumat pasal ni. Rupanya ramai jugak ahli NeoBux yang tidak aware pasal benda ini termasuk saya sendiri.
50 sen ini adalah cabutan bertuah daripada mereka. NeoBux adalah sebuah laman PTC (Paid To Click) yang membayar ahli untuk setiap iklan yang dilihat. NeoBux adalah nama besar dalam dunia PTC.
Untuk setiap iklan yang ditonton, ahli mempunyai peluang dalam cabutan bertuah untuk 1 jam yang seterusnya. 120 ahli bertuah berpeluang memenangi 50 sen untuk setiap jam.
Walaupun sekadar 50 sen, tapi berbaloi untuk memenanginya kerana tiket kelayakan untuk cabutan bertuah adalah dengan hanya melihat iklan. Dengan melihat iklan sahaja sudah dibayar, malah dapat masuk cabutan bertuah pula. Mamang berbaloi.
NeoBux adalah PTC terbaik dan dipercayai sejak 2007
NeoBux memang terbaik. Kalau rajin buat mini job, untuk $1 yang diperolehi, bonus 15 sen akan diberikan. 30 sen kalau anda ahli berbayar (Golden membership).
Yang lagi best adalah AdPrize. Untuk setiap iklan yang dilihat, anda ada 4 peluang AdPrize. Hadiah AdPrize nilai paling rendah ialah 10 NeoPoints dan 25 sen. NeoPoints boleh dikumpulkan untuk beli iklan. NeoPoints juga boleh dikumpulkan sebanyak 30,000 untuk beli Golden Membership. Hadiah AdPrize paling mahal ialah wang bernilai $50 dan juga Golden Membership untuk setahun bernilai $90.
Kalau anda masih belum menyertai mana-mana laman PTC atau kali pertama mendengar mengenainya, NeoBux adalah pilihan terbaik. Laman PTC memang boleh buat duit kalau tahu cara nak guna dan sekadar untuk side income ratus-ratus sahaja, kalau nak ribu riban macam gaji bulanan, maka ianya adalah sangat sukar.
PTC memang boleh buat duit kalau guna dengan betul
Daftar juga ClixSense yang merupakan pesaing utama NeoBux. Terdapat banyak laman PTC, termasuk yang legit (membayar) dan juga yang scam (penipu). Tapi NeoBux dan ClixSense adalah yang top dan legit. Tak digalakkan daftar banyak-banyak laman PTC. Sebab susah nak manage. Apa guna daftar banyak-banyak tapi takde hasil. Better pilih beberapa, fokus dan fahamkan betul-betul cara untuk buat duit dengannya.
Masa awal-awal daftar ClixSense dulu, memang saya rasa ianya adalah garbage. Macam mana nak buat duit kalau klik iklan sekadar dapat 0.1 sen sahaja per iklan. Kalau satu hari hanya dapat 6 sen, ianya memang nonsense. Dan akhirnya saya berhenti main ClixSense. Lepas tu terdetik rasa nak try bukak balik, lepas saya fahamkan betul-betul, baru lah rasa dapat buat duit dengan ClixSense. Sekarang dapat lah lebih kurang RM300 sebulan. Tapi ianya bergantung pada diri sendiri, kalau rajin dapat lebih, kalau permulaan, nak dapat RM10 pun mungkin struggle. Daftar NeoBux dan ClixSense.
[…] berikutnya. 120 orang yang bertuah akan menang 50 sen. 50 sen je, tapi OK lah jugak. Aku pun dah menang sekali. Feature yang aku tidak sedar akan kewujudannya sehingga aku […]