Degree pun belum tamat lagi.. Tapi sudah ada rasa mahu sambung pengajian ke peringkat master dan phD. Kenapa? Motivasi yang mendorong aku membuat keputusan ini kerana ahli keluarga dan saudara mara yang sedang sambung peringkat master dan juga PhD. Tapi itu bukanlah penyebab utama kenapa tiba-tiba sahaja hasrat ini datang. Sebabnya kerana bidang yang aku sambung pada peringkat degree ini agak lari dari aliran yang aku belajar semasa sekolah dan matrik dahulu. Dulunya, aku budak sains. Masuk matrik pun masih sains juga. Sekarang aku sedang sambung Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Animasi di UPSI. Aku agak kecewa kerana sudah lupa asas-asas sains semasa belajar di sekolah dahulu. Yang lebih membuatkan aku sedih ialah aku sudah tidak tahu untuk menyelesaikan soalan Matematik Tambahan yang aku boleh anggap sebagai makanan ketika sekolah dahulu. Namun, aku gembira kerana bidang yang aku belajar sekarang masih menawarkan beberapa kursus sains komputer. Sains komputer adalah salah satu minat aku selain sains kerana aku juga belajar IT semasa sekolah dan matrik. Jadi jika aku sambung master, aku teringin untuk sambung kembali dalam bidang sains tulen atau teknologi maklumat. Apabila sudah sambung master, rasa tidak lengkap jika tidak sambung pula ke peringkat tertinggi iaitu phD. Ini ialah cita-cita aku, In Sya Allah, kalau ada rezeki mungkin harapan ini akan menjadi kenyataan.