Berita baik buat para pelanggan Astro yang telah bertukar kepada dekoder B.yond tetapi tidak melanggan servis HD. Bermula daripada 1 November 2013 hingga 15 Februari 2014, Astro memberikan pratonton sebanyak 12 saluran definisi tinggi iaitu:
Antara saluran HD tersenarai untuk pratonton percuma
1. Astro Maya HD – Saluran 135
2. Astro Quan Jian HD – Saluran 308
3. Asto Vinmeen HD – Saluran 231
4. KBS World HD – Saluran 392
5. ONE HD – Saluran 393
6. Fox Family Movies HD – Saluran 416
7. Disney XD (HD) – Saluran 637
8. AXN HD – Saluran 721
9. FX HD – Saluran 726
10. Food Network Asia HD – Saluran 727
11. Life Inspired HD – Saluran 728
12. KIX HD – Saluran 729
Dua saluran disediakan kepada pelanggan dekoder lama
Kepada pelanggan yang masih menggunakan dekoder lama, 2 saluran SD disediakan iaitu:
1. ONE (Saluran 395)
2. Fox Family Movies (Saluran 415)
Tanpa pratonton percuma ini, pelanggan pakej Family (dekoder B.yond, tanpa servis HD) tak dapat nak tonton saluran-saluran HD diatas melainkan upgrade kepada pakej Family HD (tambah RM12 bulanan) barulah dapat tonton saluran-saluran ini, kecuali Vinmeen HD yang termasuk dalam pakej Maharaja.
Tapi pelanggan pakej tambahan yang lain contohnya pakej Mustika (dekoder B.yond, tanpa servis HD), masih dapat menonton saluran Astro Mustika HD. Walaupun kualitinya hanyalah SD kerana menggunakan kabel composite warna kuning tu (sebab tak langgan servis HD, output melalui HDMI port dikunci – update: output HDMI sudah unlock walaupun tanpa langganan servis HD), tetapi kejelasan gambarnya amat jelas ketara berbanding saluran SD. Warnanya lebih kaya dan gambarnya lebih tajam.
Untuk melanggan pratonton/preview percuma pakej Astro, sila rujuk tutorial mendapatkan pratonton percuma pakej Astro melalui saluran 200. Langganan pratonton percuma ini boleh diulang langgan setiap 6 bulan untuk satu-satu pakej.
[…] aku buat tutorial ini kerana sambungan entry tentang Astro memberikan pratonton percuma saluran HD kepada pengguna dekoder B.yond tapi tidak melanggan pa…. Aku perasan ada pengunjung blog rojak ini yang terlawat entry itu kerana sebenarnya dia mencari […]
[…] aku buat tutorial ini kerana sambungan entry tentang Astro memberikan pratonton percuma saluran HD kepada pengguna dekoder B.yond tapi tidak melanggan pa…. Aku perasan ada pengunjung blog rojak ini yang terlawat entry itu kerana sebenarnya dia mencari […]