Setelah permohonan ePenjana RM50 berjaya masuk ke eWallet Touch ‘n Go . Saya belanjakannya dengan online shopping di Lazada dan bayar menggunakan Touch ‘n Go eWallet kerana option pembayaran dengan eWallet ini boleh didapati di Lazada.
Saya kongsikan aliran cara untuk shopping di Lazada dan bayar menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Panduan ini juga boleh didapati dalam versi video di sini atau boleh ditonton di bawah. Sekiranya mahu baca versi bertulis, teruskan skrol ke bawah.
VIDEO
Sorry, there was a YouTube error.
Setelah pilih barang dan sampai ke proses checkout serta menekan butang “Place order,” anda akan diberikan beberapa kaedah pembayaran. Anda boleh pilih kaedah yang mana mudah buat anda.
Kaedah pembayaran yang ada di Lazada
Untuk panduan ini saya akan gunakan kaedah Touch ‘n Go eWallet.
Pilih “Touch ‘n Go eWallet” dan klik pada “Pay Now”
Anda akan dipaparkan satu QR Code untuk anda imbas dengan aplikasi TNG eWallet
Klik pada “Scan”
Pastikan QR Code berada di dalam kotak untuk proses pengimbasan
TNG eWallet berjaya membaca QR code dan paparkan jumlah yang perlu dibayar. Klik pada “Agree And Pay”
Sebagai ciri keselamatan yang ada pada TNG eWallet, nombor PIN diperlukan untuk meneruskan transaksi. Nombor PIN ini ialah yang telah anda tetapkan ketika mendaftar akaun
Seterusnya, untuk lapisan keselamatan yang kedua, nombor kod OTP akan dihantar kepada nombor telefon yang digunakan semasa pendaftaran. Masukkan nombor OTP yang diterima
Pembayaran berjaya. Klik butang “Done” untuk tamatkan proses ini
Halaman Lazada akan dikemaskini secara “real time” ketika menggunakan aplikasi TNG eWallet sehinggalah menunjukkan status pembayaran berjaya.
Panduan di atas sekiranya menggunakan laman Lazada versi web. Sekiranya menggunakan versi aplikasi mudah alih, saya pasti Touch ‘n Go eWallet akan dibuka terus sebaik butang “Pay Now” ditekan tanpa perlu imbas QR code kerana kedua-dua aplikasi siap dipasang pada smartphone.
Artikel Berkaitan:
Navigasi kiriman
Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.