Dulu masa sekolah, masa di kolej, aku memang spesies yang liat nak study. Malah aku menjadi betul-betul shock apabila melihat roomates aku semua sibuk study, aku dengan paksarelanya terpaksalah study jugak supaya suasana dalam bilik kami dapat di-maintain-kan. Sebelum ni bila kat rumah, time last minute jer aku belek buku. Selalunya malam exam tu baru la aku belek buku, itupun aku baca nota dalam 15 ke 30 minit jer… Nota je la, nak harapkan aku buat latihan.. memang tak pernah.. Aku hanya dapat rasa hidup di asrama masa kat kolej jer, kat highschool, aku sekolah harian biasa jer. So bila kat kolej dengan budak-budak ni sibuk study sedikit-sebanyak dengan aku pun terikut-ikut, namun hakikat yang bahawasanya aku ni seorang yang malas dan balak liat nak study memang tak boleh nak dikikis.. bayangkan sejak aku mula-mula samapai la sekarang, mana penah aku study hard untuk exam… aku punyer style last minit jer study.. Tak kisah la untuk UPSR ke, PMR ke, SPM ke, Exam PSPM Matrik pun sama. Exam PSPM Sem.1 aku last minit jer, cuma yang PSPM Sem. II aku hard sikit, study lebih banyak berbanding sem 1, tapi apa boleh buat, result Sem 2 aku lagi tak best berbanding Sem 1.
Sekarang ni, sejak aku dah habis matrik dan cuma menunggu nak masuk U lepas raya ni, tiba-tiba jer aku suka study balik Add Math SPM, SPM je la sebab buku Math matrik aku dah takde, aku letak semua buku-buku matrik di rumah akak aku di Melaka. Aku pulang ke Kelantan tanpa sebarang buku ilmiah. By the way, aku teramat teruja nak study balik Add Math SPM, well… memang dah dua tahun terlambat untuk aku study SPM tapi at lest untuk memperkukuhkan basic Math sebelum sambung degree nanti, dan bukankah study itu untuk seumur hidup? tidak terbatas untuk exam semata-mata… Aku begitu seronok kerana bila aku try buat balik soalan-soalan yang sebelum ni memang <i>nehi babujay</i> aku give up, aku dapat buat begitu sahaja tanpa sebarang rujukan buku ataupun revision sebelum menjawab soalan tu. Benarlah kata orang, bila kita belajar level yang lagi tinggi, soalan yang sebelum ni tak terjawab, akan menjadi kacang sahaja, walaupun kita bukan belajarpun topik yang itu bila sambung study, dia akan jadi secara automatik bila minda kita telah terbiasa tertekan dengan soalan yang lebih rumit, soalan yang sebelum ini rasanya begitu rumit diputar belit, sekarang menjadi begitu senang untuk dirungkaikan…
Sekarang ni, bila ada jer masa free, terus aku study math.. nak study jugak kimia.. ikit masa lagi.. Tapi Biologi dah tak kot, aku bukan nak amek degree yang ada kaitan dengan bio pun… Walaubagaimanapun, aku takleh tipu diri aku yang aku memang ketagih nak belajar bio, walaupun, bagi akulah, oh susah doe tapi memang sekarang baru rasa nikmatnya study.