Entah kenapa sebelum ini, saya tak boleh nak pakai kad ATM Maybank saya, nak keluarkan duit tak boleh, nak guna fungsi kad debit untuk beli online tak boleh, nak beli di kedai fizikal secara paywave pun tak boleh. Padahal kad debit masih valid cuma hampir expired sahaja. Akhirnya saya tukar debit card baru, baru selesai masalah.
Sebelum itu, entah kenapa saya dah tak boleh nak transfer duit dari akaun Paypal ke akaun Maybank saya. Duit tu saya dapat hasil saya buat duit online. Transaksi ditolak dan duit dikembalikan ke akaun Paypal. Akhirnya saya transfer duit dari Paypal ke bank BSN.
Yang terbaru ni, sekali lagi saya tak boleh nak keluarkan duit dari mesin ATM. Dah try guna mesin ATM BSN dan Bank Islam, dua-dua tak boleh. Akhirnya saya transfer duit ke Bank Islam dan keluarkan duit guna Bank Islam je.
Beberapa hari lepas, saya install app MAE milik Maybank di smartphone baru, vivo Y36 5G dan setup Secure2U di situ. Saya ingatkan tak perlu activation melalui mesin ATM, tapi kena jugak.
Semalam saya pergi lah ke mesin ATM Maybank yang berdekatan, namun terperanjat saya kerana proses activation tidak berjaya dan saya disuruh hubungi customer service center atau pergi ke cawangan.
Saya dah dapat tahu ada masalah berdasarkan 2 situasi ini.
Hari ini saya hubungi customer service center dan respon yang saya dapat ialah kad debit saya hanya kotor sebab dia tak dapat detect masalah lain dalam sistem. Saya disuruh cuba lagi dan kalau masih tak boleh saya kena pergi ke cawangan untuk bantuan lanjut.
Jadi saya ke mesin ATM BSN (sebab hanya mesin ATM BSN, Bank Islam dan Ambank sahaja yang paling dekat dengan saya) dan masih gagal membuat pengeluaran tunai. Saya cuba pula dengan mesin ATM Ambank yang ada di dalam kedai 7-Eleven di seberang jalan. Alhamdulillah, saya dapat buat cash withdrawal.
Ada sinar harapan kat situ, jadi dengan pantas terus saya ke mesin ATM Maybank terdekat untuk cuba sekali lagi pengaktifan Secure2U. ATM Maybank terdekat ialah di dalam stesen minyak Petronas. Malangnya activation masih tidak berjaya. Ada sebuah lagi ATM Maybank di sebelahnya, jadi saya cuba nasib sekali lagi dan Alhamdulillah, cubaan kali ini membuahkan hasil kerana saya dapat mesej berjaya.
Saya masih perlu tunggu 12 jam sebelum Secure2U aktif. Nyesal pulak try activate Secure2U di phone baru sebab elok-elok je dah aktif di phone lama.
Masalah betul lah, kad ATM tak boleh pakai = tak boleh keluarkan duit. Secure2U tak boleh pakai = tak boleh pindah duit ke bank lain, tak boleh bayar bill online, etc. Naya ooo… duit sangkut kat dalam bank.
Kad ini baru sahaja diganti dan tak ada tanda-tanda kad kotor atau chip rosak kalau dilihat dari mata kasar. Lemah betul lah!