Mi segera walaupun sedap dan cepat untuk disediakan, tetapi drawback-nya, ianya berbahaya untuk kesihatan. Tetapi member aku makan mi segera perencah budu, jadi tak lah bahaya sangat.
Mi segera perencah budu
Video nih aku buat masa ada gap 30 minit sebelum kelas yang berikutnya.
Memandangkan hari jumaat, rasa macam malas nak pegi kelas. So lepak2 dulu kat bilik nak makan megi.
Member aku yang sorang nih memang pelik. Makan megi tak pakai perencah, tapi gunakan budu sebagai alternatif perencah megi tersebut.
Aku tak pernah jumpa lagi orang yang buat macam nih. Dialah yang pertama.
Tapi memang bagus la kan, bukan sahaja dapat menghindari bahaya perencah mi segera, juga dapat menikmati khasiat budu, ataupun juga dikenali sebagai sos budu (anchovy sauce).
Sejenis sos yang memang terkenal di Kelantan, Terengganu dan jugak Selatan Thai.
Kini, jangan ragu-ragu lagi untuk nikmati megi kerana video ini ternyata merupakan satu demonstrasi bahawasanya, tidak akan keracunan makanan kalau makan megi berkuahkan budu.
kalau boleh makan nasi berlaukkan budu, tidak akan ada sebab kenapa tak boleh dengan mi segera.
Adakah aku akan makan megi cara begini? Probably not!
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=vQBMK81nUkk]
[…] lah dia serba sedikit mengenai budu. Jangan lupa mencuba ya. Kalau nak tengok video cara-cara makan mi segera dengan budu, klik sini. Kalau nak resepi sos pencicah makanan laut, klik yang […]