Saya kongsikan pengalaman saya menonton live streaming Liga Premier Malaysia 2020 di MyCujoo.

Untuk musim 2020, MyCujoo ialah penyiar rasmi saingan Liga Premier.

Siaran langsung boleh ditonton secara live streaming di laman MyCujoo – https://mycujoo.tv/en/competition/liga-premier-malaysia/season/2020.

Saya sediakan video bagaimana saya beli pas “pay per view” dan kualiti siaran di https://www.youtube.com/watch?v=1W6FN8Vh73Q atau boleh ditonton terus di bawah.

Saya langsung tidak berpuas hati dengan mutu siaran yang disediakan.

3 perlawanan Liga Premier yang cuba ditonton

Setakat liga bola sepak Malaysia bersambung kembali pada Ogos, 3 kali saya cuba tonton siaran langsung Liga Premier. Ketiga-tiga kali bermasalah.

1 – UKM lawan Kelantan: Saya terlepas menonton siaran langsung tapi saya tetap menonton siaran ulangan. Masalah yang dihadapi ialah siaran bermula di separuh masa kedua, separuh masa pertama hanya skrin hitam yang dipaparkan. Tapi sekurang-kurangnya siaran percuma.

2 – Selangor 2 lawan Kelantan: Saya dapati bayaran dikenakan untuk menonton perlawanan ini atau mana-mana perlawanan Liga Premier yang lain, RM6.25 untuk satu perlawanan. Disebabkan kemaruk untuk tengok bola, maklumlah sudah lama bola sepak Malaysia berehat, saya bayar juga. Namun siaran langsung dibatalkan. Setakat artikel ini ditaip, saya masih tidak dapat refund yang kononnya akan diberikan.

Atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, siaran langsung perlawanan antara Selangor 2 dan Kelantan terpaksa…

Posted by FA Selangor on Saturday, September 5, 2020

Berikut merupakan makluman terkini mengenai status pembayaran semula dari pihak MyCujoo mengenai pembatalan siaran…

Posted by FA Selangor on Thursday, September 10, 2020

3 – Kelantan lawan Perak 2: Walaupun sudah dipermainkan ketika perlawanan sebelum ini, duit melayang tapi siaran langsung dibatalkan, saya masih tekad untuk beli pas perlawanan ini. Siaran langsung berjalan seperti yang dijanjikan. Namun setiap beberapa saat, video akan sangkut (loading) dan video tidak akan skip ke masa sebenar sebaliknya video akan bersambung pasa masa ia tersekat dan membuatkan video ketinggalan, bukan lagi siaran langsung. Walaupun sudah tamat 90 minit masa permainan, siaran baru sahaja bermula separuh masa kedua.

Perbandingan dengan penyiar lain

Jadi MyCujoo ialah siaran yang paling saya menyampah setakat ini. Cuba bandingkan:

iFlix – Langganan RM10 per bulan untuk menonton liga Malaysia. Kemudian tontonan adalah PERCUMA. Siaran adalah profesional dengan ulasan dan multi camera.

unifi TV – RM3 pas “pay per view” untuk satu perlawanan. Kemudian tontonan adalah PERCUMA. Siaran adalah profesional dengan ulasan dan multi camera.

MyCujoo – RM6.25 pas “pay per view” untuk satu perlawanan. Asalnya tontonan percuma bertukar kepada berbayar. Siaran single camera.

Jelas sekali langsung tidak berbaloi dengan RM6.25. Kalau siaran percuma tidak kisah sangat dan memang lama dah tutup streaming, tengok pun buat sakit hati je. Ni sebab berbayar, membazir sahaja, terpaksa hadap juga.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *