Isteri Separuh Masa merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel kaya Suri Ryana. Drama ini sekali lagi menggandingkan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong selepas drama Projek Memikat Suami yang juga merupakan adaptasi novel. Drama ini akan menggantikan drama Suamiku Encik Sotong dan disiarkan setiap hari Isnin jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan tayangan serentak di Astro Maya HD saluran 135 bermula 16 Mac 2015.
JUDUL : ISTERI SEPARUH MASA
EPISOD : 15
TARIKH : 16 Mac 2015 (Isnin, 10pm)
SIARAN : Astro Ria & Maya HD
NOVELIS : Suri Ryana
PENGARAH : Micheal Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn. Bhd.
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle
WATAK PELAKON:
Aiman Hakim Ridza sebagai Nazrin Shah
Emma Maembong sebagai Medina Izwani
Ayda Jebat sebagai Zita
Syafiq Kyle sebagai Zafril
SINOPSIS:
Medina Izwani dan Nazrin Shah merupakan adik beradik angkat namun Nazrin sangat membenci Medina kerana kononnya Medina telah memfitnah Zita, kekasihnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Mereka kemudian dijodohkan oleh keluarga mereka. Oleh itu Medina terpaksa berpisah dengan Megat yang saling mencintai, namun Nazrin masih meneruskan hubungan dengan Zita. Walaupun telah berkahwin mereka tidak tinggal bersama sehingga nenek mereka berkunjung ke rumah Nazrin. Mereka bukan sahaja perlu tinggal sebumbung malah terpaksa berpura-pura mesra di hadapan keluarga mereka. Zafril yang tidak mengetahui Medina sudah menikah berusaha untuk memikat hati Medina.
LAGU TEMA / OST:
Azhael – Hujung Waktu
Lirik
Kau selalu meragukan
Apa yang disembunyikan minda
Oh selalu
Kau selalu bertanyakan
Apa benar ku rasakan cinta
Oh selalu
Ku rasakan
Tetapi ku hanya kaku
Dan membisu kelu
Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu
Bila tahu isi hati
Ku tahu kau akan lari pasti
Ku rasakan
Biar jadi tanda tanya
Biar ku simpan di dada saja
Ku rahsiakan
Sampai mati masih ku membisu
Walau aku merasakan
Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu
Mengapa baru terjaga
Mengapa baru ku sedar
Melihat duniaku
Kian runtuh tanpamu
Bodohnya ku menyendiri
Segalanya ku sembunyi
Namun ku harus luahkan jua
Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu