Seperti mana yang korang dah tahu,
Skuad under-23 Malaysia melakarkan kemenangan ke atas Sang Garuda,
yang manisnya adalah keputusan perlawanan terpaksa ditentukan hingga ke sepakan penalti.
Yang lebih manis, ini adalah kemenangan berturut-turut selepas kemenangan ke atas
skuad Vietnam yang ditumpaskan dengan 1-0 dalam sukan Sea di 2009 di Laos.
Yang tersangat manisnya adalah ramai penghuni kolej kediaman berkongsi
suka duka dan debaran serta sorakan menyaksikan siaran langsung perlawanan ini,
well ini adalah buat pertama kalinya aku turun ke bilik tv menyaksikan siaran langsung,
perlawanan-perlawanan yang sebelum ini tengok dgn live streaming TV1 jer,
berbeza dengan menyokong kelab negeri masing-masing,
menyokong skuad Malaysia dirasakan lebih manis kerana seluruh warga Malaysia yang berbilang kaum dan berbeza negeri berada di bawah payung yang sama meyokong Skuad Harimau Malaya.
Terasa betapa terdapat keistimewaan dalam permainan bola sepak yang berjaya menyatupadukan rakyat sesebuah negara.
Semua manusia yang berbilang bangsa, keturunan, agama, negeri dan juga berbeza fahaman politik melupakan itu semua
dan bergabung menjadi bangsa Malaysia, 1Malaysia.
Tahniah kepada Skuad Bola sepak negara kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia…