Pada tahun 2016 saya telah mendaftar domain name sanazi.my untuk digunakan pada blog ini bagi menggantikan domain name tojiali.com. Tojiali.com masih lagi aktif walaupun dilanda masalah dan hampir-hampir tidak mahu diperbaharui.
Sanazi.my didaftarkan malalui laman web Kedai Domain ketika tempoh promosi dengan tempoh pendaftaran maksimum selama 3 tahun.
Pejam celik pejam celik, hampir genap 3 tahun dan domain name ini perlu diperbaharui.
Dalam tempoh 3 tahun ini, hampir kebanyakan masa blog ini diabaikan sahaja. Mambazir sahaja sebab kena bayar harga domain name, kena bayar harga hosting lagi untuk pakai WordPress. Kalau nak totally free pakai Blogspot je lah, tapi tak nampak lawa sebab ada .blogspot.com kat belakang, haha.
Malah saya juga ada langgan beberapa hosting lain daripada NetKL untuk buat side projects lain. Malangnya semuanya hangat-hangat tahi ayam, minggu pertama sahaja beriya-iya, akhirnya terbengkalai sahaja dan langsung tidak diperbaharui apabila tiba tarikh luput. Ketika ini ada satu lagi blog yang didaftar beberapa bulan yang lalu, dan sudahpun diabaikan, saya akan import artikel-artikel dari sana ke blog ini dan abaikan blog itu.
Apa-apa pun, saya harap selepas ini, saya dapat membebel sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam blog ini. kalau tak, memang 100% rugi.