Pada cuti semester yang lepas, aku ada tonton drama loghat Kelantan yang berjudul Sufiyah. Drama ini membarisi hampir semua pelakon-pelakon telefilem “Sebuah Piala Seekor Kambing” dan ditambah dengan Puteri Sarah Liyana.

Drama Loghat Kelantan Sufiyah
Sufiyah lakonan Puteri Sarah Liyana

Ceritanya mengisahkan Sufiyah (Puteri Sarah Liyana) dan Jemin (Isey Salok Madu) dibesarkan oleh Pak Mat Gobek selepas Pak Su Nor, bapa mereka menghilangkan diri selepas dikenakan ilmu sihir oleh Li, birasnya sendiri. Sufiyah dan Jemin dibesarkan di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur Sufiyah membuka perniagaan nasi kukus warisan bapanya sementara Jemin membuka kedai bundle sambil bergiat dalam persembahan wayang kulit. Badrul, sepupu mereka melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas Gua Musang tidak lagi selamat untuknya. Di KL, Badrul sering membawa masalah kepada Jemin.

Memandangkan cerita ini hanyalah tayangan semula selepas sudah tamat disiarkan sebelum ini, drama ini terhenti separuh jalan dan digantikan dengan drama Jihad Iskandar untuk mengisi slot berkenaan.

Walaupun cerita ini tidaklah best sangat, tapi memandangkan aku dah tonton dalam 6 ke 8 episod, aku teringin untuk menonton sambungan drama ini. Maka aku try la cari link untuk download. Memang ada satu site yang sediakan link untuk download, tapi bukan start daripada episod awal, tapi takpe lah asal ada. Tapi unfortunately, semua link sudah mati. So tak daptlah juga untuk download.

Tidak lama lepas itu aku check dalam Astro On the Go, rupa-rupanya drama ini ada tersenarai kat dalamnya. Tanpa berfikir panjang terus aku beli. 28 episod untuk RM10 dan boleh ditonton dalam masa sebulan. Memandangkan internet yang aku pakai masa itu teramatlah slow, maka asyik buffering dan tersangkut-sangkut. Kalau lancar pun, kualiti amatlah menyedihkan. Tapi kalau internet laju, itupun time pagi buta sebelum subuh, gambar dia memang cantik. Kalau tonton Astro SD pada HDTV, kualiti AOTG jauh lebih tinggi. Rasa-rasa aku, kalau hook laptop ke skrin HDTV dan connection internet yang laju, AOTG sudah hampir menyamai siaran HD.

Tapi lepas tonton sehingga episod ke-8 kalau tak salah aku, AOTG buat hal, video tak nak load. Semua episod yang aku belum tonton tak boleh play, episod yang aku tonton boleh pulak play. Video lain yang free, boleh je play. So terpaksa la aku report kepada pihak berkenaan. Kalau tak rugi beb, aku beli tapi tak boleh tengok. Episod yang aku sempat tonton, semuanya sudah aku tengok kat tv. Lepas conplain, sehari lepas tu baru la aku dapat tonton balik. Thanks support team for the good response.

Raya yang lepas, drama ini disiarkan balik, tapi tak dapat nak tonton pasal disiarkan pada pukul 8:30 malam setiap hari sedangkan time tu untuk orang pergi solat Isya’ dan solat sunat Tarawih di masjid.

Apa-apa pun, thanks Astro On The Go kerana membolehkan aku tonton drama ini sampai tamat. Dan thank you support team kerana response yang cepat ketika AOTG buat hal.

Sebelum tamatkan entry ini, layanlah lagu tema drama Sufiyah ini, dendangan Isey Salok Madu.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=a7xCLD7cRR4]

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *