Malam ni, ada la bukak TV1, pakai live streaming jer,
entah kenapa, tersekat-sekat dan buffering jer memanjang..
Cerita yg disiarkan adalah telefilem yang menggunakan loghat Kelantan
iaitu MEK.
Aku rasa ada bagusnya sekali -sekala tv menayangkan cerita-cerita sebegini.

(p/s:) kat bawah sana (sekarang ni kat kolej upsi) ada dikir barat, ada aku dengar lagu Megat Nordin,
adakah Megat Nordin live performing kat bawah sana sekarang? aku pun x amek tahu, maybe la kot, sebab sekarang kolej tengah buat aktiviti karnival anti-dadah, KanDa,, mungkin jemputan khas sempena majlis penutup.

Berbalik kepada cerita mek tadi, bagus la sebab dapat kongsi budaya orang Kelantan bila drama2 sebegini disiarkan.
Cuma satu jer yang telinga aku rasa panas jer..
bila dengar orang bukan kelantan, cakap kelantan yang langsung x bunyi kelantan..
aku bukannya apa, bagus kalau orang kelantan cuba nak cakap kelantan,
tapi kalau dalam movie, kena la cakap dengan betul, kalau ada yg nak belajar cakap
kelantan melalui tv, karang x pasal-pasal dia pergi belajar bahasa kelantan yg salah.

sbenarnya aku byk kali dengar bahasa kelantan yg broken dari kawan-kawan aku yg cuba “kecek klate”. Walaupun bunyinyer kelakar, tp aku suka kerana at least diorang mahu belajar bahasa aku dan aku akan cuba baiki yg mana silap, dan lama-lama ada member aku yg mahir cakap kelantan.

Aku sarankan kepada sesiapa yg nak belajar cakap kelantan, korang tonton la filem “Budak Kelantan” kerana ianya lakonan budak-budak Kelantan sendiri. Oh ya, dalam filem Budak Kelantan dan telefilem MEK, kedua-duanya dilakonkan oleh Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman (Budak Kelantan watak Jaha/Azhar; Mek watak Awe/Awang), dua-dua watak pengjahat, adakah dia sesuai untuk berlakon sbg villian jer???? Satu lagi telefilem yang aku suka adalah “Sorok Bau Budu” terbitan Astro Prima sempena Hari Raya Aidil Adha 2011. Ia dilakonkan oleh orang Kelantan, dan yang paling uniknya adalah telemovie ini diselitkan dengan istilah-istilah kelantan yg pekat dan ada yg aku sendiri tidak faham even though aku budak klate sejati. Dan jgn la risau, ia ada sub bahasa melayu. Walaupun Zul Huzaimy cuba untuk bercakap Kelantan “asli”, namun aku masih dapat detect broken Kelantannya, ke aku je yg rasa kekok dengar dia kecek Klate??

Menurut pandangan peribadi aku, ini bukan nak kritik atau komplen, kalau nak lakonkan drama menggunakan dialek kelantan, ada baiknya menggunakan khidmat jurubahasa agar pelakon dapat menghafal lirik dalam bahasa Kelantan yg betul..

Antara filem dan telemovie dlm bahasa Kelantan yg pernah aku tonton:
-Wayang
-Jogho
-Budak Kelantan
-Sorok Bau Budu
-Anak Mami Mek Ani
-Mek Salmah Dari Scotland
-Mek Kiah Oh Kak Kiah
-Mek

dan banyak lagi yg aku sudah lupa dan terdapat banyak filem dan telefilem yg menyelitkan sedikit loghat Kelantan

Klik sini untuk senarai beberapa filem, drama dan telemovie dalam loghat Kelantan

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *