Entry kali ini mengenai CrowdFlower Entrance Exam. CrowdFlower adalah salah satu platform crowdsourcing yang membolehkan pengguna dari serata dunia membuat micro tasks dan mendapat komisen untuk setiap task yang dikerjakan dan bekerja mengikut jadual sendiri tanpa terikat dengan kontrak.
Bagi yang belum tahu mengenai CrowdFlower, disarankan baca post tentang side income melalui ClixSense. Di situ, salah satu cara earning adalah menerusi micro tasks daripada CrowdFlower.
Apa itu CrowdFlower Entrance Exam
Ahli yang mendaftarkan diri untuk melaksanakan micro tasks dikenali sebagai contributor. Setiap contributor dikelaskan dengan level 0 hingga level 3. Level ini mencerminkan task apa yang boleh dia laksanakan. Sebagai contoh contributor level 2 boleh laksanakan task level 0 hingga level 2 kecuali yang level 3.
Untuk naik level, contributor mestilah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Contributor boleh langkau level 1 dan 2, terus ke level 3 jika memenuhi keperluan:
Tahap | Jumlah kerja minimum | Jumlah soalan ujian | Ketepatan (%) |
---|---|---|---|
1 | 5 | 100 | 70 |
2 | 10 | 100 | 80 |
3 | 10 | 100 | 85 |
Jika kena expell daripada satu atau beberapa job (not quite sure), minimum jobs akan meningkat daripada yang sepatutnya. Contohnya, minimum job >= 5, test questions >= 100, dan accuracy >= 70% tapi masih level 0 dan dapat mesej “Something else is preventing you from reaching the next level. Keep on working in order to gain experience and level up.”
Jangan salah faham antara kerja (job) dengan tugasan (task). Job ialah kerja yang mempunyai ID khas yang akan disenaraikan di halaman tugasan. Task pula ialah tugasan yang ada dalam setiap job. Mudahnya Job ialah ibu, task pula anak-anak job berkenaan.
Soalan ujian pula ialah penentu ketepatan anda. Tugasan pertama bagi setiap job ialah Quiz Mode. Quiz Mode tidak akan bayar anda duit dan kesemua soalan ialah soalan ujian. Untuk tugasan kedua dan seterusnya (Work Mode), satu soalan ialah soalan ujian. Jika ketepatan anda lebih rendah daripada minimum (bergantung pada job), anda akan masuk ke Expelled Mode di mana anda tidak boleh lagi buat job berkenaan.
Tidak semua job dikira untuk GA
Walau bagaimanapun, tasks untuk contributors level 0 memang rare dan tak semua dikira untuk level.
Jika task itu dikira untuk stats, contributors yang sudah level 1 dan ke atas juga akan ambil kesempatan untuk buat task ini dan increase diorang punya accuracy kerana most of the time, task level 0 tersangat senang. Task level 1,2 dan 3 juga senang, don’t get the wrong idea. Jadi task level 0 memang cepat habis.
Maka disediakan CrowdFlower Entrance Exam untuk membolehkan contributors naik level dengan cepat. Entrance Exam ini adalah task yang tidak dibayar dan bukan sekadar untuk naikkan level malah untuk latih/expose contributors dengan pelbagai jenis tasks yang ada.
Malangnya ada contributors baru yang tidak sedar wujudnya CrowdFlower Entrance Exam sebab tidak terdapat di ClixSense mahupun di NeoBux. Mungkin di ClixSense dan Neobux sekarang sudah ada Entrance Exam, tapi sebab ianya hanya visible kepada contributors level 0 sahaja, I cannot help to verify that.
Update: Saya ada terbaca yang menyatakan Entrance Exam sudah ditamatkan. I don’t know betul atau tidak. Harap-harap ianya tidak benar, kalau betul susah lah contributors baru nak level up.
Kat mana ada Entrance Exam?
Cara saya akses ke Entrance Exam dulu mungkin sudah tidak valid lagi untuk sekarang. Tapi, ada member ClixSense yang bertanya support CrowdFlower kat mana ada dan telah berkongsi di Forum.
Daripada jawapan support, dapat disimpulkan bahawa Entrance Exam boleh didapati di kesemua channels termasuk di InstaGC, kecuali tiga iaitu ClixSense, Neobux dan CF Elite.
Langkah-langkah untuk akses ke Entrance Exam
1. Daftar mana-mana labor channel selain tiga yang dinyatakan di atas, contohnya InstaGC.
2. Akses ke bahagian CrowdFlower task. Setiap site gunakan istilah yang berbeza, contoh: NeoBux panggil mini jobs.
3. Buka task listing page
4. Klik pada Entrance Exam.
Disclaimer: Saya lupa nak screenshot masa buat dulu, gambar ini cilok orang punya.
Baca dan fahami arahan dan jawab ikut kehendak task. Nama pun exam, kalau lulus dapat naik level, kalau gagal tak ada second attempt, jadi terpaksa ikut cara biasa.
Step by step how I access to Entrance Exam
Masa saya duduki Entrance Exam dulu, ini langkah-langkah yang saya buat:
Update: Tutorial ini menggunakan fungsi “tambah labor channel Persona.ly” dan akses entrance exam di sana. Disebabkan laman persona.ly ini lain macam sikit, dan dashboard CrowdFlower juga sudah diubah, jadi untuk akses ke halaman task listing persona.ly agak susah sikit. Alternatifnya, fungsi ini juga terdapat di InstaGC, malah InstaGC sendiri menyediakan entrance exam tanpa sebarang trick.
Langkah asal seperti berikut:
1. Daftar akaun Cash Piggy.
2. Pergi ke menu Offer >> Pesona.ly dan klik pada engage CrowdFlower task
3. Jika masih belum ada akaun CrowdFlower, sila connect dengan akaun Facebook yang betul (bukan yang fake/dummy account) dan selesaikan proses pendaftaran.
4. Pergi ke laman web CrowdFlower >> klik pada nama anda (di kanan-atas) >> Edit Profile. Pastikan saluran Pesona.ly ditetapkan sebagai saluran utama (preferred) dan simpan.
5. Tutup dan buka balik laman web CrowdFlower beberapa kali dan sila klik pada pautan Find more work! dan pastikan pautannya ialah https://tasks.crowdflower.com/channels/personaly/tasks?uid=xxxxxxx, jika tidak, tutup dan buka semula laman CrowdFlower.
5. Pergi ke https://tasks.crowdflower.com/channels/personaly/tasks?uid=xxxxxxx . Gantikan xxxxxxx dengan contributor ID untuk channel personaly (rujuk gambar kat atas, yang saya sudah censored.)
6. Sekarang, anda akan nampak pautan untuk menduduki entrance exam. Sila jawab dengan baik kerana untuk naik ke level 1, accuracy 70% diperlukan.
Harus diingat, apabila sudah tahap 1, jangan terlampau memilih task yang membayar mahal sebaliknya pilih task yang senang untuk meningkatkan accuracy. Jika rasa task susah, sentiasa klik pada Give Up. Apabila naik tahap 2 atau 3 dan sudah mahir dengan task, boleh cuba yang lebih mencabar.
[…] untuk level 0 memang rare membuatkan sangat susah untuk naik ke level 1. Walau bagaimanapun, CrowdFlower Entrance Exam dapat mengatasi masalah ini. Apabila sudah level 1, untuk naik ke level 2 dan 3 sangat […]
crowdflower Entrance exam sites pls?
I think Entrance Exam is already discontinued. But you can try find it on InstaGC and other labor channels excluding ClixSense, NeoBux and CF Elite.
I do not find the entrance exam in multiple channels, excluding clixsense, neobux and CF Elite. Please response …
Maybe the entrance exam is really discontinued
Pls, Can you give me any account. I really need a job to cater for my family. thank you