Kepada kaki blogger semua, sudah semestinya sudah terbiasa dengan kedua-dua istilah ini iaitu mode yg diberikan oleh pengguna blog Blogger samada utk menggunakan compose mode dimana mode ini menggunakan sistem What You See Is What You Get iaitu hasil entry yg diperolehi adalah sebagaimana yg dilihat semasa penulisan entry dilakukan, ataupun pengguna mahu menggunakan edit html mode yg mana mode ini memerlukan pengguna mempunyai pengetahuan tag-tag html dan mode ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding compose mode. Kelebihan yg nyata dimiliki oleh edit html mode adalah kebolehan utk memasukkan fungsi yg lebih advance ke dalam post blog anda. Contoh yg paling mudah adalah tag <iframe> iaitu tag yg digunakan utk embed laman web lain ke dalam blog anda, maksudnya blog anda berfungsi sebagai bingkai (frame) kpd laman web lain… Tag html ini perlu beringat ketika menggunakannya kerana, sama seperti bracket “(  )” juga, kalau dah buka “(” mestilah ditutup “)”, apabila tag html dibuka contohnya <iframe>, sesudah memasukkan tag-tag lain dan src (source) yg berkaitan, ianya mestilah ditutup dgn </iframe>, jika tidak hasilnya tidak akan menjadi.. Berbeza dgn tag Lua yg hanya perlu dibuka dan ditutup hanya pada tempat2 tertentu sahaja.. Contoh skrip Lua adalah {/i1}, maksudnya italic on.. dengan tag itu shj sudah membolehkan seluruh tulisan dibelakang tag itu jd italic, dan hanya perlu ditutup dgn {/i0} (italic off) utk mengelakkan seluruh ayat jd italic…

Berbalik kpd compose vs html, contoh yg lebih nyata adalah semasa untuk mengubahsuai template blog anda… Kalau menggunakan compose mode iaitu “template designer” senang utk kita menyusun kedudukan widget-widget yg telah dimasukkan… Tapi cuba fikir balik, kalau kita download template blog atau buat sendiri offline, kita perlu upload fail template (.xml) itu dengan menggunakan mode edit html walaubagaimanapun… lebih jelas lagi, apabila anda ingin memasukkan meta tags bagi blog anda… begitu juga untuk benamkan (embed) widget-widget advance terus ke dalam template anda di bahagian <head> berbanding widget biasa yg hanya perlu dibenamkan di bahagian sidebar… semua ini hanya boleh dilakukan dengan edit html mode… Tengok sahajalah animasi Cupin yg berada di bahagian kanan-bawah blog aku ini, aku perlu benamkan embedcode dia terus ke dlm template, bukannya di sidebar.. animasi ini aku ambik di http://adiwidget.com

Walau apapun, kedua-dua mode ini ada kelemahan dan kelebihan masing-masing… Bagi aku, aku lebih prefer compose mode kerana user-friendly dan memudahkan aku yg tak berapa mengerti html tags ni.. taw sikit-sikit yg basic jer.. yg lain, kompem aku tak taw…

Di bawah ni aku sertakan perbezaan kedua-dua editing mode tersebut:

kotak

So pandai2 cari makan, pandai2 la pilih mode yg korang rasa selesa utk korang..

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *