Jika korang ingin tinggalkan jejak melalui komen untuk tingkatkan trafik ke blog, adalah penting utk tahu link yang kita tinggalkan itu Dofollow atau Nofollow.
Kalau Nofollow, link tersebut hanya sekadar untuk dapatkan trafik ke blog semata-mata. Tapi sekiranya Dofollow, kelebihannya bukan shj memperoleh pelawat malah internet bots akan follow link tersebut dan akan naikkan Page Rank (PR) blog korang bergantung kepada Page Rank laman yg link ke blog korang itu. Kalau PR tinggi, maka anda akan dapat trafik lebih tinggi kerana blog korang akan berada di halaman-halaman yg terawal pada Search Engine Result Page (SERP).
Contohnya: blog korang pasal Petua Kesihatan, jika PR tinggi, google akan paparkan blog korang pada muka surat pertama SERP. Maka kebarangkalian orang akan bukak blog orang sangat tinggi kerana sudah menjadi kebiasaan manusia akan klik pada link-link pada halaman pertama dan abaikan yang seterusnya.
Lihat contoh SERP daripada Google melalui carian Petua Kesihatan:
Berbalik kepada topik, admin akan kongsikan cara untuk menentukan link pada komen nofollow atau dofollow menggunakan addon Firefox iaitu NoDoFollow.
Install addon dan restart Firefox.
Contoh penggunaan:
Buka sebarang site atau blog
Link yang biru ialah dofollow manakala link merah ialah nofollow.
Untuk toggle on off fungsi ini, right-click pada mana-mana kawasan kosong dan klik NoDoFollow.
Sekian sahaja untuk post kali ini. Semoga bermanfaat.