Update 2020: Artikel ini sudah tidak relevant kerana:
- Paypal sudah ada semula di Clixsense (kini dikenali sebagai ySense). Maka saya sarankan pakai payment method Paypal untuk transfer wang ke bank Malaysia.
- Payment method yang saya kongsikan di sini sudah tidak ada lagi di ySense.
- Sila baca semula panduan buat duit online dengan ySense yang saya sudah update untuk tahun 2020.
………………………………………………………………..
Sudah lama saya tidak terbitkan panduan tentang laman buat duit online ClixSense. Kali terakhir pada tahun 2016. Sejak itu dah banyak perubahan yang berlaku. Antara perubahannya ialah pilihan untuk cashout ke akaun PayPal sudah tidak ada. Alternatif kepada PayPal adalah Skrill dan Payoneer. Dalam panduan ini saya akan tunjukkan alternatif lain kepada Skrill dan Payoneer, alternatif untuk cashout daripada ClixSense.
Secara peribadi, PayPal bagi saya ialah online payment processor yang paling bagus untuk Malaysia. Conversion fee lebih kurang 3% dan RM0 withdrawal fee untuk amount RM400 ke atas. Berbeza dengan Skrill, conversion fee sahaja 3.99%. Yang lebih memeritkan ialah fee untuk withdraw ke akaun bank ialah fixed 5.50 EUR tak kiralah berapa pun jumlah yang ingin dipindahkan. Semakin kecil jumlah pindahan, semakin terasa fee yang dikenakan. Pendek cerita memang cekik darah.
Saya juga mengalami kesukaran untuk verify akaun Skrill. Kalau Paypal dulu, saya tak ada sebarang masalah untuk menggunakan unverified account. Menurut halaman Skrill, tidak ada masalah untuk menggunakan unverified account selagi tidak melepasi limit yang dikenakan. Bila saya cashout daripada ClixSense ke Skrill, cashout tidak berjaya dan fund dikembalikan ke baki akaun Clixsense. Bila saya cuba nak verify akaun Skrill, kena tambah fund dulu. Dah macam-macam cara saya cuba untuk tambah fund termasuk menerusi Bitcoin tapi tak pernah berjaya. Akhirnya saya give up dan tak nak pakai Skrill. Jika boleh pakai Skrill sekalipun, fee dia memang tak masuk akal.
Tidak banyak yang saya tahu tentang Payoneer. Kalau tak salah, Payoneer bukanlah pilihan yang berguna kepada pengguna Malaysia.
Alternatif kepada Skrill dan Payoneer bagi member ClixSense Malaysia ialah Visa prepaid card daripada Tango Card. Pilihan Visa prepaid card mungkin kebanyakan orang tak nak pakai, tapi saya pakai tanpa sebarang masalah. Lebih baik pakai prepaid card daripada menggunakan Skrill yang fee-nya memang nonsense.
Kalau pakai Visa prepaid card, tiada sebarang fee dikenakan. Anda cashout $20, Clixsense tidak kenakan cashout fee, anda akan dapat Visa prepaid card bernilai $20.
Untuk dapatkan Visa prepaid card, pertama sekali pergi ke halaman Profile and Setting dan tetapkan Tango Card sebagai kaedah pembayaran. Jangan lupa klik butang Update.
Kemudian pergi ke halaman Account Summary dan klik butang Cashout berdekatan dengan baki akaun anda.
Seterusnya anda hanya perlu tunggu cashout diproses. Anda bebas untuk cancel cashout selagi cashout masih belum diproses.
Cara untuk redeem Visa Prepaid Card daripada Tango Card
Setelah ClixSense proses cashout anda, anda akan terima satu email mengandungi pautan untuk redeem Visa prepaid anda.
Buka dan klik pada pautan berkenaan.
Isikan butir-butir yang diperlukan. Maklumat ini yang akan digunakan ketika Visa prepaid card melakukan sebarang transaksi. Klik Continue setelah kesemua ruangan telah diisi. Jika terdapat kesilapan, maklumat ini boleh dipinda kemudian.
Pilih jenis kad yang dimahukan. Saya pilih virtual card sahaja, rasanya tak ada keperluan untuk pilih physical card.
Tandakan checkbox untuk setuju dengan terma dan klik Confirm untuk teruskan.
Tahniah! Visa prepaid card anda sudah berjaya didaftarkan dan sedia untuk digunakan. Klik View Details untuk melihat butir-butir yang anda sudah isi, klik Print Version untuk muat turun slip sebagai rujukan.
Email akan dihantar kepada anda mengandungi pautan yang membolehkan anda akses ke maklumat kad anda seperti nombor kad dan rekod transaksi, dan juga untuk pinda maklumat-maklumat yang sudah didaftarkan.
Laman-laman untuk belanjakan Visa prepaid card
Saya beri peringatan dan saya sudah pun beritahu tadi, cashout sebagai Visa prepaid card bukanlah pilihan yang kebanyakan orang akan pakai kerana kesukaran untuk mencari tempat yang menerima Visa prepaid. Setakat yang saya sudah cuba, Visa prepaid card daripada Tango Card boleh digunakan untuk transaksi-transaksi berikut:
(1) Tambah fund ke akaun comic.k-manga.jp (tempat saya beli RAW manga)
(2) Tambah fund ke Amazon Wallet
(3) Hubungkan ke akaun Google Play untuk beli app/ebook/dll
(4) Tambah fund ke Steam wallet.
Saya akan cuba lagi dan akan tambah untuk setiap transaksi yang berjaya.
Seperti yang tertera, setakat yang saya cuba hanya empat laman yang menerima Visa prepaid card daripada Tango Card ini. Jadi cashout ke kad prabayar bukanlah pilihan yang terbaik. Tapi bagus untuk elak fee Skrill yang tinggi.
Jika anda seorang gamer, pilihan terbaik dengan tambah dana ke Steam wallet untuk beli games.
Jika rasa fee Skrill terlalu tinggi, pakai Tango Card tidak praktikal, saya cadangkan beralih daripada ClixSense kepada InstaGC. Konsep InstaGC sama sahaja dengan ClixSense sebagai reward site. Di InstaGC, masih ada pilihan PayPal. Selain itu, anda boleh redeem gift card Steam secara direct menerusi InstaGC.
[…] Visa dan gunakannya untuk topup akaun Steam Wallet, Amazon Wallet dan lain-lain. Sila baca tutorial cashaout ClixSense ke dalam bentuk kad pabayar Visa melalui Tango Card. Jika masih berminat dengan Bitcoin, boleh baca di […]