Blog aku down hampir dua minggu – Sudah lama abaikan blog. Langsung tidak check. Semalam dapat email daripada Google katanya blog ini tidak dapat diakses. Bila aku cuba buka blog ini, memang langsung tidak dapat diakses. Aku hanya dapat mesej ralat daripada CloudFlare.
Antara mungkin penyebabnya
Hints yang aku dapat kat situ, Browser OK, CloudFlare berjalan dengan OK, hanya masalah hosting sahaja. Apa hal pulak dengan hosting yang aku pakai (NetKL) ni. NetKl antara hosting terbaik Malaysia yang jarang ada masalah downtime. Bila aku check sepintas lalu laman web dan laman Facebook NetKL, tak ada pula cakap pasal downtime ini.
Aku try buka blog aku yang lain yang menggunakan pelan hosting yang sama, semua dapat dibuka tanpa sebarang masalah. Aku try lagi blog lain yang menggunakan langganan pelan yang lain, juga dapat dibuka tanpa masalah. Jadi kat mana yang problem hostingnya?
Jadi aku syak mungkin CloudFlare yang buat hal. Tapi tak nampak gaya macam masalah datang daripada situ.
Akhirnya aku dapat idea mungkin NetKL dah tukar server baru atau apa sahaja yang melibatkan perubahan alamat IP. Aku ping blog yang tidak menggunakan CloudFlare yang ditempatkan bersama dengan blog ini. Alamat IP mereka sama. Kemudian aku check alamat IP blog ini pada tetapan CloudFlare. Ternyata tepat jangkaan aku, alamat IP sudah berubah.
Aku tukar alamat IP yang lama kepada lamat yang baru dan simpan tetapan. Blog ini dapat dibuka dengan baik dan seperti tiada apa yang pernah terjadi sebelum ini.
Ini masalah apabila aku gunakan nameserver CloudFlare dan point domain name menerusi DNS hosting CloudFlare. Kalau alamat IP hosting berubah, blog sudah tidak dapat diakses.
Blog aku down hampir dua minggu
Aku check, hampir dua minggu jugak lah blog aku down. Ada sikit-sikit blog dapat diakses pun mungkin sebab CloudFlare always online siarkan versi cache masa blog ni tengah offline.