Aku tak pernah ada member-member dari Sabah dan Sarawak ketika aku menuntut di matrik penang dulu (boleh search tag “kmpp” atau “matrik” di ruangan search kalau nak tahu kehidupan aku di matrik), sekarang bila berada di upsi, aku dapat ramai kawan dari sana. Dah menjadi kebiasaan aku untuk belajar loghat2 negeri orang.. so inilah peluang keemasan untuk aku belajar dialek-dialek yang kaya di malaysia ini. sebelum kupas mengenai bahasa Sabah/Sarawak.. Nak kupas sikit pasal bahasa cina.. kat matrik dulu, aku tak kawan sangat dengan budak-budak cina.. tapi sekarang, disebabkan aku ada dua orang housemate cina, malah salah seorangnya, room mate aku, so aku menjadi rapat giler dengan mereka. Dulu aku takde niat nak belajar bahasa-bahasa cina, sebab pointless la, aku belajar cakap cina, nak cakap dengan siapa sebab takde member2 cina time tu… tapi sekarang aku sangatberminat dan aku belajar sikit perkataan2 mandarin dari roomate aku.. Nak dijadikan cerita.. aku ada berkenan dengan seorang amoi yang satu kursus dengan aku.. dia tu budak kelantan la jugak.. cuma dia tua setahun jer dari aku, lepasan STPM.. but yang special-nya… dia pun lahir bulan julai gak, sama macam aku.. tapi takpe, yg tu taruk kat tepi buat masa sekarang………..
Berbalik kepada Sabah/Sarawak..
Aku cuba-cuba untuk bercakap dalam bahasa sabah dengan kawan sekelasku dari sabah, Liza…
Ada yang aku cakap salah
dan ada jugak bila dia betulkan, aku ajuk balik..
dia kata aku ejek bahasa dia..
mana ada… aku ajuk balik dengan niat untuk berlatih supaya mudah ingat..
Aku suka dengar bahasa sabah… bunyinya unik dan hampir menyamai bahasa melayu baku….
Disebabkan Liza orang kadazandusun, so aku ada jugak belajar sikit2 istilah-istilah dusun dari internet dan dari dia sendiri…
susah betul.. belajar bahasa melayu sabah pun tak lepas agi.. ni nak belajar bahasa kadazan dusun.. pening!2
Kalau yang sarawak pulak, aku tak penah try cakap lagi walaupun ada ramai jugak member2 sarawak, mungkin sebab aku jarang dengar mereka cakap bahasa mereka, diorang cakap bahasa standard jer dengan aku, kalau diorang cakap dlm bahasa sarawak, komfem aku xfaham kot…
Ni membuatkan aku teringat balik iklan Maybank dalam bahasa Iban… Sam (salah seorang memberku dari sarawak), plz ajar aku cakap sarawak dangan fluent….
iklan maybank (dlm bahasa iban? – aku xtahu bhs apa)
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=DXbqFW7nVpE]