Pagi tadi aku pergi menjalankan medical checkup di klinik Tumpat.
Well, dah menjadi kemestian untuk calon-calon yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT.
Sedang-sedang menunggu proses pemiriksaan yang selanjutnya,,
sementara menunggu, nurse memberikan borang soal selidik emosi stress,
aku pun dengan sejujur-jujurnya mengisi borang itu dengan berpandukan keadaan diriku yang semasa
Aku ingat untuk suka-suka jer,
Lepas hantar dan tunggu seketika, nurse tersebut memanggil aku,
Katanya, emosiku sedang berada dalam fasa stress,
Walaupun bukan dalam keadaan kronik, tapi still perlu perhatian,
Aku tidak tahu macam mana soal selidik itu boleh kaitkan dgn emosi seseorang,
Aku mengaku yang aku memang a lil’ bit stress,
tapi aku tak habis fikir, bagaimana soalan yang “adakah anda perasan yg bibir anda kering” boleh meng-classify aku stress?
Tak kisah la yang itu,
Yang kisahnya, nurse tu recommend aku supaya datang lagi untuk retest pada masa akan datang,
Menurutnya, hal ini tidak boleh dibiarkan,
Kalau lama-lama boleh menjadi serius iaitu _______.
Dalam tahun ini setakat aku pergi hari ini, katanya dah dilaporkan satu kes,
Satu kes di Malaysia atau di Kelantan atau di klinik itu, tak tahu la,
Aku ada jugak bagitahu yang aku stress pasal kemasukan aku ke universiti yang spesel kes,
Tapi aku tak la bagitahu yang detail sangat, aku sorok-sorok sikit,
Aku tak bagitahu pun yang aku desperete buat rayuan mengenai kes aku tu.
Walau apa yang stress pun, aku akan kuatkan mentalkan,
Aku tak pasti boleh pergi ke tak pada November ini seperti yang diminta,
Kalau masa tu dah cuti boleh la kot,
Tapi bulan September masuk U, takkan bulan 11 dah cuti kot…