Yummy!
Sedap bukan nasi lemak.
Kalau cerita tentang nasi lemak, teringat tentang nasi bungkus berbentuk piramid
yang dijual dengan harga standard RM1 sebungkus di kedai-kedai makan pada waktu pagi.
Buka sahaja nasi lemak itu,
kelihatan ada telur rebus yang dibelah dua,
nasi yang wangi,
kacang goreng,
timun dua keping,
sambal ikan bilis dan ikan bilis goreng yang rangup dan banyak.
Kalau bukan sambal ikan bilis, tentunya sambal udang atau makanan laut yang lain.
Tapi itu dulu.
Sekarang punya nasi lemak,
kebanyakkannya:
Nasi,
timun sekeping,
sambal kosong,
ikan bilis tiga ekor.
Perghh, kalau ikan selar tidak mengapalah jika tiga ekor,
ini cicit ikan bilis yang tiga ekor.
Harga tidak perlulah diceritakan,
paling murah pun dalam RM2.
Nasib baik nasi dia masih bersantan.
Jadi, lebih baik buka resepi, masak sendiri.