Cepat benar masa berlalu. Ia pergi meninggalkan kita tanpa meminta izin. Pepatah arab ada menyebut:
masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia yang akan memotong kita.
Apa yang ingin aku sampaikan ialah, masa yang aku tempuhi semasa melanjutkan pelajaran di peringkat degree hampir ke penghujungnya. Terasa baru benar jadi budak junior semester pertama, alih-alih sekarang sudah semester keenam. Semester hadapan sudah perlu ikuti latihan industri. Tempatnya pun masih belum cari. Risau pula aku, portfolio pun tidak seberapa, kawasan yang penyelaras bagi hanya di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Ipoh sahaja. Tempat orang itu, aku sudah lah tidak tahu sangat kawasan itu.Nanti hendak pergi temu duga, hendak masuk kerja. Tercari-cari pula tempatnya. Sangat risau.