Lihat infografik di bawah daripada Mashable tentang sejarah storan digital. Cukup seronok melihat bagaimana media storan berkembang dari masa ke masa. Tengok sahaja lah betapa besarnya saiz fizikal dan betapa kecilnya ruang simpanan bagi storan generasi terawal. Juga betapa kecilnya saiz fizikal namun besar dari segi kapasiti simpanan. Sesetengah media ini sudah aku kenali semasa belajar subjek IT di sekolah dulu.
Pengalaman sendiri media storan digital
Media simpanan terawal yang aku sempat pakai adalah cakera liut (floppy disk) atau lebih dikenali sebagai disket. Aku sudah tidak berapa ingat ukuran fizikal disket itu sebab ia ada banyak saiz, tapi yang aku masih ingat ialah ruang storannya sebanyak 1.44MB. Yes, 1.44 Mega Bait, bukan 1.44 Giga Bait. Apa je yang muat dalam disket sebesar itu, macam mana nak simpan lagu-lagu MP3 dan gambar-gambar? Fail movie tak payah cerita la. Seingat aku zaman itu internet masih lagi hanya text-based dan penggunaan multimedia masih belum meluas, so aktiviti sedut-menyedut dan copy-mengopi fail movie pirate belum lagi menjadi trend. Hanya popular VCD pasar malam berharga RM5 satu movie. Kualiti gambar macam t**k. Malaysia masih belum pakai DVD lagi time tu. Blu-Ray entah sudah wujud atau belum. By the way, disket itu cikgu kami suruh beli sebab kitorang perlu save kerja-kerja dalam kelas, fail Microsoft Word kedalamnya. Ketika itu, 1.44MB itu sudah dikira cukup besar, apatah lagi, kegunaannya hanyalah untuk menyimpan fail-fail dokumen seperti fail txt dan juga fail .doc Microsoft Word