Penah tonton tak anime Mojacko,
dulu pernah disiarkan di TV2,
kartun ni la yang membuat aku terasa ingin mengalirkan air mata,
kenapa?
Dulu masa aku kecik-kecik, kartun ni memang faveret aku,
biasa la, budak2, apa jenis kartun pun minat,
tapi Mojacko adalah antara kartun yang paling aku gemar masa tu,
apa yang membuat aku ingin menangis adalah,
disebabkan dulu kartun ni aku memang aku jadi kipas susah mati,
bila dah besar ni, bila aku tertengok balik kartun ni membuatkan aku tersentuh,
aku cukup tersentuh kerana dapat lagi mendengar lagu openingnya yang dulu memang aku gemari..
Bila tengok video klip opening Mojacko, aku terbayang-bayang balik babak itu babak ini aku pernah lihat dulu,
Dan yang paling aku tak sangka,
lagu moja moja sebenarnya adalah lagu ending Mojacko,
lagu moja moja yang dimainkan semasa hari orientasi pelajar-pelajar baru Kolej Matrik Penang KMPP sesi 2010/2011
aku fikir itulah kali pertama aku dengar lagu tu,
rupanya aku memang dah dengar sejak dari kecik lagi,
patut la rasa macam familiar jer..
Lagu ending Mojacko ni ada yang versi Indonesia,
boleh la tahan versi yang tu..
Sayangnya.. disebabkan aku dah semakin meningkat dewasa,
tak mungkin la aku minat kartun lagi,
tapi apa-apapun sedikit sebanyak meninggalkan kenangan manis apabila terkenangkan zaman kanak-kanak dulu..
Tiada dewasa sebelum kanak-kanak,
Tiada sekarang sebelum dahulu,
dahulu zaman kanak-kanak;
Tiada duka tiada luka,
Tiada masalah tiada stress.