Ini adalah sebahagian daripada tutorial asas WordPress. Kali ini, saya ingin tunjukkan tutorial install WordPress menggunakan Softaculous. Softaculous merupakan script installer yang disediakan pada CPanel, jadi tak perlu susah-susah install WordPress atau software/CMS lain secara manual.
Artikel berkaitan:
Beli domain name daripada NetKL
Beli hosting dapat percuma domain name daripada NetKL
Daftar domain name percuma Freenom
Daftar hosting percuma Hostinger
Langkah-langkah untuk install WordPress
1. Log masuk ke Cpanel
Mula-mula sekali, log masuk ke Cpanel untuk mendapat akses ke Softaculous. CPanel boleh diakses melalui pautan yang diberikan oleh hosting provider semasa pembelian hosting. Alternatifnya, boleh akses melalui www.alamat-blog.com/cpanel. Masukkan username dan kata laluan yang telah dibekalkan.
2. Tambah addon domain
Jika WordPress mahu dipasang pada Primary Domain, langkah ini tidak diperlukan. Tapi, kalau mahu pasang pada domain name tambahan, perlu tambah addon domain terlebih dahulu.
Sebelum tambah domain, sila point domain name ke server web hosting baru dan tunggu sehingga 24 jam untuk proses propagation selesai.
Untuk tambah addon domain, cari dan klik icon Addon Domains dalam kategori Domains. Taipkan domain name tanpa www.
Kembali ke halaman utama, klik pada icon rumah (home) pada bahagian paling atas-kiri skrin.
3. Buka Softaculous
Bergantung pada CPanel, anda mungkin akan jumpa icon WordPress terus, atau kena klik pada icon Softaculous terlebih dahulu.
4. Pasang WordPress
Klik pada tab Install dan klik Install Now.
Tetapan pra-pemasangan WordPress
5. Software Setup
Choose protocol: yang ini anda ada dua pilihan sahaja iaitu http://www atau http://. Bergantung pada citarasa, pilih yang mana anda minat. saya prefer versi non-www. Jangan pilih https walaupun anda nanti berhajat nak pasang SSL percuma daripada CloudFlare.
Choose domain: Yang ini agak tricky sikit. Kalau nak pasang pada primary domain tidak ada isu sebab hanya ada satu option sahaja. Kalau nak install pada addon domain, mungkin anda akan keliru sebab ada dua option:
i. addon-domain.com
ii. addon-domain.primary-domain.com
Pastikan anda pilih yang pertama iaitu addon-domain.com.
In directory: Biarkan kosong sahaja. Kalau pilih install dalam subfolder macam folder ‘blog’, nanti blog anda jadi macam ni: http://www.domain-name.com/blog/, lain lah kalau itu yang anda nak.
6. Site Settings
Site Name: Bagi la nama kat blog anda. Boleh edit kemudian.
Site Desciption: huraian ringkas tentang blog anda. Juga boleh edit kemudian.
Enable Multisite: Kalau niat nak buat banyak-banyak subdomain atau subfolder, enable fungsi ini. Jadi, tak payah nak install banyak-banyak WordPress untuk subdomains/subfolders, jimat storage. Walau bagaimanapun, drawbacknya, tema dan plugins tak boleh dipasang/dibuang secara berasingan di subdomain. Tema dan plugins mesti ditambah/dibuang di domain induk. Senang nak faham macam blog WordPress.com, kita takde akses untuk tambah/buang tema dan plugins.
7. Lain-lain tetapan
Admin Account: Pilih username dan kata laluan yang dimahukan. Pastikan alamat email yang betul untuk reset kata laluan kalau terlupa.
Choose language: Pilih lah bahasa yang anda nak. BM pun ada. Boleh tukar nanti.
Limit login attepts: Optional untuk tick. Plugin ini akan hadkan jumlah percubaan untuk log masuk dan akan halang alamat IP yang gagal untuk login sebanyak beberapa kali untuk beberapa ketika (nilai default).
Database name: Pilih nama database yang senang untuk ingat dihubungkan dengan blog yang mana satu. Database ini akan disandar (backup) secara berkala sebagai langkah keselamatan blog digodam atau penyedia hosting gulung tikar mengejut dan sebagainya.
Database prefix: Yang ini paling penting, dulu secara default nilainya ialah wp_ yang mudah terdedah kepada penggodam, walau bagaimanapun, nilai default tersebut kini ditukar kepada nilai rawak. Disarankan untuk menggnakan gabungan huruf dan nombor untuk langkah keselamatan.
Disable update notification: Kalau tidak tick, email akan dihantar untuk memberitahu WordPress telah dikemaskini kepada versi yang terkini.
Upgrades: Tick untuk auto update versi WordPress, tema dan plugins. saya tak tick dan update secara manual sahaja.
Pilih tema: Pilih lah tema mana yang berkenan. Kalau tak pilih, tema default akan digunakan. Untuk tahun 2016, tiga tema default ialah Twenty Forteen (2014), Twenty Fifteen (2015) dan Twenty Sixteen (2016 – akan diaktifkan secara default). Tema-tema lain boleh dipilih kemudian.
Klik Install untuk mulakan proses pemasangan.
Itu sahaja, pemasangan sudah selesai. Boleh pergi ke www.domain-name.com untuk test. Nanti ada satu demo page dan satu blog post Hello World berserta satu komen yang telah diterbitkan secara automatik.
Pergi ke www.domain-name.com/wp-admin/ untuk padam page/post/komen auto published ini. Sudah boleh mula setting, customize dan publish entry.
OK. Tamatlah artikel kali ini. Happy Blogging.