Panduan membuat semakan dan permohonan rebat TNB RM40. Program rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan adalah bantuan yang diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018.
Program ini diperkenalkan bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019 menggantikan program rebat RM20 yang berakhir pada Disember 2018.
Sekiranya anda tergolong dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, sila semak kelayakan untuk menerima rebat ini di laman web Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (https://semakanrebat.mestecc.gov.my). Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi MyGCC di talian 03-8000 8000, atau menghubungi TNB Careline di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi Kedai Tenaga terdekat. (sumber rujukan: https://www.tnb.com.my/residential/discounts-rebates-offers)

Setelah anda disahkan layak untuk menerima rebat RM40 ini, sila isi borang permohonan dan hantarkan ke Kedai Tenaga terdekat bersama-sama salinan MyKad. Bawa juga bil elektrik sebagai rujukan. Saya menggunakan borang yang dimuat turun dan dicetak dari sini: https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/Declaration_Form_Rebat_Elektrik.pdf. **Borang ini untuk Semenanjung, sila semak pautan di bawah untuk Sabah dan Sarawak.
Borang-borang yang disenaraikan pada skrin semakan status kelayakan:
Semenanjung – https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/Declaration_Form_Rebat_Elektrik.pdf
Negeri Sarawak – https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/Declaration_Form_Rebat_Elektrik_SEB.pdf
Negeri Sabah – https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/Declaration_Form_Rebat_Elektrik_SESB.pdf
Setelah permohonan lulus, bil elektrik yang seterusnya akan dipotong siap-siap RM40. Anda berkemungkinan masih perlu bayar penuh bil elektrik seterusnya sekiranya tarikh permohonan anda terlalu hampir dengan tarikh bil terbaru.

Menurut fail PDF (FAQ) daripada laman web MESTECC, tidak menjadi masalah sekiranya nama pemohon dan nama pemegang akaun TNB adalah berbeza. (sumber rujukan: https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/faq.pdf)
NOTA: Artikel ini ialah siaran semula daripada blog www.perkongsian.com. Tarikh siaran asal pada 25/03/2019.