Minggu lepas aku menghadapi masalah mental ray render Autodesk Maya. Post kali ini aku nak tunjuk serba sedikit trick untuk mengatasinya.
Masalah yang dihadapi
Proses rendering berjalan dengan sempurna jika aku render pakai butang Render Preview. Masalahnya, bila aku guna Batch Render, dia mula buat hal. Contohnya, aku ada satu shot animasi dengan pergerakan karakter, bila aku pakai Batch Render, hanya mata aje yang ter-animate sementara badannya kaku kat situ.
Tengok kat frame 1 yang mana OK pada frame yang paling awal. Malangnya, bermula frame kedua dan seterusnya, mata mula bergerak mengikut yang telah digerakkan tetapi badan tetap kaku kat situ. Bila aku pakai Batch Render menggunakan Maya Software renderer, dia render OK masalahnya model tak smooth kalau pakai yang tu.
Aku kena habiskan rendering untuk semua shot animasi (sekurang-kurangnya 13 shots dengan purata 100 frames setiap satu) dalam masa dua hari sebelum deadline dan aku terdesak gila untuk mencari penyelesaiannya. Tak banyak yang aku jumpa, mustahil aku akan render frame tersebut satu demi satu yang akan memakan masa dan kesabaran.
Backup jika tak jumpa sebarang solusi
NextDesign daripada simplymaya.com ada tulis satu skrip untuk buat Batch Preview Rendering. Rujuk gambar paling atas, render pakai butang tu, tapi akan render semua frame. Korang boleh ambik skrip tu kat sini: http://simplymaya.com/forum/showpost.php?p=323957&postcount=23.
Satu lagi tutorial yang menarik daripada Chandan Kumar daripada cgi.tutsplus.com tentang bagaimana untuk tambah baik kualiti rendering pada Maya. Korang boleh cari tutorial tu kat sini: http://cgi.tutsplus.com/tutorials/quick-tip-how-to-enhance-render-quality-in-maya–cg-21965.
Jadi, kalau aku masih tak boleh selesaikan masalah ini, aku akan gabungkan kedua-dua tutorial in untuk lakukan proses rendering. Hanya inilah penyelesaian buat masa ini. Yang musykilnya, fail shot yang sama boleh render elok-elok aje kalau pakai laptop member aku. Jadi, aku kira mesti setting aku yang tak kena, tapi masih belum selesai walaupun sudah reset data.
Penyelesaian masalah mental ray render
Akhirnya, aku copy semua model, cahaya dan segala macam yang ada dalam shot tu dan tampal pada render layer yang baru dan render pakai layer tu. Syukurlah ia menjadi. Aku akhirnya boleh buat rendering yang betul menggunakan production preset.
1. Pergi ke tab Render kat bawah Channel Box / Layer Editor
2. Cipta layer baru. Pergi ke Layers >> Create Empty Layer.
3. Klik kanan pada Master Layer dan klik pada Select Object in Layer.
4. Klik kanan pada layer baru dan klik pada Add Selected Objects.
5. Pergi ke Render Setting dan tukar Render Layer daripada Master Layer kepada layer baru.
Aku tahu mesti ada kaedah yang betul untuk baiki masalah ini. Tapi lecturer aku pernah cakap, ada seribu cara untuk selesaikan satu masalah. Jadi, walaupun trick ini nampak macam bodoh-bodoh aje tapi still masalah selesai dan salah satu daripada seribu cara. Aku harap kalau ada yang hadapi masalah yang sama boleh guna cara ini. Sekian.
Best main mental ray ni. Tapi tak xpert kat maya. Dulu time kolej guna Lightwave je 😀
Sama la, x expert jgk. tahu sikit2 je. bdk2 lain semua pakai 3ds max, sy je yang nk try maya sbb production house byk yg pkai maya..