Assalamualaikum semua. Semoga sihat wal afiat para pembaca sekalian.

Tahun 2023 sudah memasuki second half, bulan Julai juga hampir meninggalkan kita. Tahun 2022 sekadar dua artikel sahaja diterbitkan di blog ini. Ini merupakan artikel sulung untuk tahun ini. Nampak sangat saya sudah hilang minat untuk blogging walaupun untuk sekadar hobi. Kali ini saya bertekad untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu artikel untuk satu bulan, paling optima kalau boleh satu minggu satu artikel, In Sya Allah!

Kali ini saya akan kongsikan panduan untuk menukar alamat email yang didaftarkan untuk domain name MYNIC iaitu .MY atau .NAME.MY.

Pada tahun 2016 saya telah daftarkan domain sanazi.my untuk gantikan domain tojiali.com. Domain tojiali.com masih digunakan sebagai parked domain sahaja.

Pada tahun 2023 baru lah saya sedar bahawa saya sebenarnya “tidak memiliki” domain .MY yang saya bayar dan renew tiap-tiap tahun ini. Domain sanazi.my ini didaftarkan dengan alamat email milik owner website tempat saya daftar domain ini, bukan email peribadi milik saya.

Saya perasan perkara ini apabila saya tidak boleh untuk reset password saya dengan email saya dan keluar error email tidak betul.

Apabila saya hubungi support MYNIC, wakil MYNIC beritahu email yang saya berikan adalah salah dan mereka tidak boleh disclose email yang betul. Saya beri email milik penjual domain dan mereka kata memang email itu. Mereka mencadangkan saya membuat permohonan untuk menukar alamat email.

Saya tahu alamat email semasa (milik penjual) daripada screenshot lama. Mujur saya ada simpan lagi.

Wakil MYNIC beri kepada saya borang untuk diisi. Borang itu boleh dimuat turun di sini, borang ini adalah betul sebagaimana yang diberikan kepada saya pada 23 Julai 2023. Sebaiknya anda minta langsung daripada MYNIC sendiri.

Borang yang pihak support MYNIC berikan kepada saya

Saya isi borang berkenaan seperti yang diperlukan dan saya hantar ke [email protected] berserta salinan MYKAD saya.

MYNIC hubungi saya melalui telefon untuk proses pengesahan.

Permohonan sedang diproses

Selepas proses pengesahan selesai, mereka akan proses permohonan saya.

Permohonan saya telah diluluskan dan alamat email telah berjaya ditukar.

Permohonan saya diluluskan

Saya telah berjaya reset password saya dan berjaya akses ke portal selfcare.ichoose.my untuk manage domain name saya.

Saya juga telah edit saki baki info email lama secara sendiri dan akhirnya saya “fully own” the domain name. Alhamdulillah!

Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga dapat membantu sekiranya anda ada masalah yang sama.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *