Beberapa hari selepas saya pindahkan domain name saya ke iCore, keadaan menjadi luar dugaan saya. Saya telah menerima email ini:

Email daripada iCore

Saya tak faham sangat pun mesej yang cuba di sampaikan. Tapi saya tak boleh nak lari ke tempat lain walaupun saya tak setuju sekali pun sebab domain name yang baru diperbaharui tidak boleh dipindahkan ke tempat lain.

Selepas hari yang dinyatakan di dalam email itu, saya dapati domain name saya telah dibuang daripada selfcare.ichose.my. Ianya memang sebuah bencana buat saya.

Sudah tak boleh manage di portal MYNIC

Saya cuba minta login ke wam.manage.name yang disebutkan di dalam email di atas, tapi pihak support suruh saya manage di portal iCore sahaja.

Saya cakap, options di portal mereka sangat terbatas, options seperti di portal Selfcare MYNIC tak ada di portal iCore dan saya masih meminta agar diberi akses ke wam.manage.name.

Pihak support masih berkeras suruh saya manage sahaja di portal iCore dan mereka beritahu options yang saya minta ada di situ. Saya dapati options yang sebelum ini tak ada, kini sudah ada di portal iCore selepas saya komplen.

Saya hairan kenapa options itu hanya ada selepas saya komplen, bukan terus ada selepas proses migration yang mereka hebahkan dalam email. Sedangkan saya komplen beberapa hari selepas domain name saya dibuang daripada portal Selfcare MYNIC. Saya dapat mencium bau najis daripada situasi ini, macam saya dah kena game.

Terasa menyesal pula migrate ke website mereka. Mungkin inilah balasan yang saya harus terima sebab memang niat saya nak migrate ke sana untuk setahun sahaja sebelum migrate ke tempat yang saya betul-betul mahu. Saya test sahaja semata-mata sebab harga transfer yang murah walaupun tahu harga renewal adalah mahal berbanding tempat lain.

Tapi sekarang nasi dah jadi bubur.

Menyesal…

Tapi tak pasti lah kalau kat tempat lain pun memang macam ni, semua registrar akan pindah keluar domain name dari portal MYNIC. Tapi situasi ini berlaku sebaik sahaja saya pindah ke iCore. Agak sukar nak kata kebetulan.

Tengok lah nanti bila tiba masa saya nak pindah, apa akan jadi, worst case scenario, time to say goodbye to this domain name.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

One thought on “Menyesal Transfer Domain Name .MY”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *