Seperti yang sedia maklum, musim ini Astro Arena sudah tiada hak untuk menyiarkan siaran langsung Liga Super Malaysia dan perlawanan domestik Malaysia yang lain. Natijahnya, perkara-perkara di bawah kini dirasai oleh pelanggan Astro yang ada segelintir mereka yang melanggan Astro semata-mata untuk menonton Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia di Astro Arena saluran 801;
- Tiada lagi sembang pra-rancangan yang akan mengulas tektikal dan line up setiap pasukan. Yang tinggal sekarang, habis je berita, terus siar bola. Kadang-kadang ulasan pengacara rancangan meleret hingga tiba-tiba terus keluar visual kick off tanpa sempat menonton nyanyian lagu Negaraku.
- Tiada lagi rancangan untuk memaparkan sorotan liga iaitu Masa Tambahan Arena Bola dan juga rancangan Formasi.
- Tiada lagi siaran ulangan. Kalau nak tengok repeat, rakam sendiri semasa live broadcast.
- Tiada lagi siaran HD. Kadang-kadang Astro Arena akan membuat siaran HD untuk perlawanan tertentu selalunya untuk perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia yang disiarkan di Astro Maya HD atau Astro Arena HD.
- Kualiti gambar hancur. Walaupun TV1, TV3/TV9 dan Astro Arena bersiaran dalam SD, namun kualiti gambar Astro Arena jauh lebih baik dari segi brightness dan sharpness.
- Hanya ada pilihan 2 perlawanan sahaja. Satu di TV1 dan satu lagi di TV3/TV9. Kalau Astro Arena, kadang-kadang akan buka satu saluran tambahan untuk siarkan dua siaran serentak ataupun tunda satu siaran. Maka kadang-kadang penonton mempunyai sampai 3 perlawanan untuk dipilih.
- Disebabkan RTM dan Media Prima bukan saluran sukan, siaran langsung akan ditunda untuk memberi laluan kepada siaran rancangan lain. You know what I mean.
- Err… Liga Perdana kat mana? Takde live pun?
- Apabila pusingan kedua Piala FA bermula hari Jumaat dan Sabtu, peminat bola tempatan meroyan nak tengok bola tapi langsung tiada satu pun siaran langsung baik di RTM mahupun di Media Prima. Kalau hari Jumaat tiada siaran, fine! Tapi hari Sabtu pun tiada siaran langsung juga, apa cerita? Takkan la MP & Silva bagi hak penyiaran untuk Liga Super sahaja atau bila sudah final Piala FA baru boleh siar.
Walau bagaimana pun, bahang Liga Super 2015 sama hangat seperti biasa. Malah dengan TV1 dan TV3 yang mendapat hak penyiaran adalah sesuatu yang menggembirakan kerana penonton tidak perlu untuk melanggan saluran berbayar. Dan yang paling penting tiada lagi siaran tertunda untuk satu ‘pasukan’ tu. Tiap-tiap game pasti ada siaran tertunda, dan dengan pengulas yang sama. Menyampah pula aku rasa.