Alhamdulillah. Berita baik buat blogger Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa blog mereka. Google Adsense pada blog rasmi mereka menghebahkan perkara ini pada hari Khamis lepas, 2 April 2015 dengan tajuk “Adsense now speaks Malay.”
Ini adalah sesuatu yang menggembirakan blogger yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Ini adalah berita baik yang seterusnya selepas fungsi bayaran wang pendapatan melalui direct bank transfer yang sebelum ini hanya menyokong perkhidmatan Western Union.
Google Adsense adalah perkhimatan penerbitan iklan yang terbaik di internet. Memasang iklan pada blog adalah salah satu cara yang popular bagi menjana pendapatan sampingan di internet. Terdapat banyak alternatif kepada Adsense termasuk syarikat Malaysia namun langsung tidak mampu menyamai hasil pendapatan melaluinya.
Sebelum ini, blogger Malaysia hanya boleh mendaftarkan akaun Adsense dengan blog berbahasa Inggeris. Selepas pendaftaran akaun disahkan, publisher atau pihak yang akan memaparkan iklan pada blog sendiri tidak dibenarkan memasang iklan pada blog berbahasa selain bahasa yang disokong termasuk blog Bahasa Melayu yang ketika itu masih belum disokong. Jika penerbit tersebut didapati berbuat demikian, akaun akan ditamatkan kerana perbuatan tersebut melanggar polisi Adsense. Namun begitu penerbit masih mempunyai pilihan untuk memaparkan iklan pada blog dwibahasa, bahasa yang disokong (seperti Bahasa Inggeris) dan bahasa yang tidak disokong (Bahasa Melayu ketika itu) dengan syarat kandungan Bahasa Inggeris adalah majoriti.
Kini segalanya sudah berubah. Blogger boleh mendaftarkan akaun Adsense dengan menggunakan blog 100% berbahasa Melayu sebagai blog utama semasa permohonan. Sementara itu, Bahasa Indonesia sudah lama disokong oleh Adsense tetapi tidak Bahasa Melayu walaupun hakikatnya kedua-dua bahasa adalah adik-beradik. Ada juga blogger yang bertanyakan bilakah bahasa kebangsaan kita ini akan disokong pada Adsense support, maka soalan itu kini terjawab.
Walaupun Adsense merupakan perkhidmatan penerbitan iklan yang terbaik, namun untuk permohonan diterima, bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukan juga perkara yang begitu sukar. Terdapat beberapa polisi yang blogger harus patuhi. Untuk permohonan kali pertama bukanlah cabaran yang sebenar, cabaran yang sebenar ialah untuk mengekalkan akaun. Jika penerbit didapati melanggar polisi, akaun akan ditamatkan serta merta dan jika perkara itu berlaku, blogger tersebut tidak lagi akan dapat menggunakan perkhidmatan Adsense buat selamanya.
Akhir kata, aku sendiri sedang berusaha untuk memiliki sebuah blog yang mampu diterima oleh Adsense.