Saya ada satu domain name yang saya daftarkan dengan NetKL dan saya akan pindahkan ke registrar yang baru.
Saya akan pindahkan ke CloudFlare sebab lebih murah. Kalau di NetKL harganya RM50 setahun tanpa WHOIS protection, maknanya segala maklumat peribadi yang terkait dengan domain name itu boleh dilihat oleh orang lain. Kalau mahu WHOIS protection, kena bayar lebih. Kalau di CloudFlare harganya $8.57 setahun, kurang dari RM40 setahun, dan sudah termasuk WHOIS protection.
Saya sudah ada akaun CloudFlare dan domain name yang ingin dipindahkan memang sudah ditambah siap-siap di sana kerana saya gunakan CloudFlare sebagai CDN provider kesemua blog saya. Maka tutorial ini lebih ringkas berbanding pertama kali cipta akaun CloudFlare.
Pertama sekali pergi ke laman CloudFlare Registrar dan cipta akaun baru atau daftar masuk.
Pilih option transfer kerana saya mahu pindahkan domain yang sedia ada ke sana.
Domain name yang saya mahu pindahkan secara automatik disenaraikan kerana saya sudah tambah siap-siap domain ini di dashboard CloudFlare.
Selepas tandakan domain name yang saya mahu pindahkan, saya perlu klik butang “Confirm Domains.”
Di sini adalah langkah-langkah yang melibatkan registrar lama.
Saya perlu daftar masuk di NetKL, dan buka Registrar lock.
Kemudian saya perlu copy paste nombor kod “EPP Code” di ruangan yang diminta di CloudFlare.
Kemudian saya hanya perlu tekan butang “Confirm and Proceed.”
Isikan maklumat seperti yang diminta dan klik butang “Confirm and Finalize Transfer.”
Seterusnya hanya tunggu process pemindahan selesai. Ia akan mengambil masa kira-kira seminggu.
Saya mulakan proses pemindahan pada 4 November 2021 dan proses selesai pada 10 November 2021, 6 hari diperlukan untuk proses transfer domain name.
Tonton versi video:
Mudah sahaja prosesnya. Semoga bermanfaat. Jangan lupa lawati channel YouTube saya dan subscribe! Bantu saya grow my Youtube channel by subscribing! Guys and girls, subscribe itu percuma/free/gratis!
Jumpa di artikel yang seterusnya.
[…] name saya buat masa ini masih dalam status “pending transfer.” Mengikut pengalaman saya transfer domain tojiali.com dari NetKL ke CloudFlare, prosesnya mengambil masa 6 hari termasuk hujung minggu. Maka jangkaan saya proses transfer ini […]
[…] kosong. Kalau untuk transfer domain .com atau .net dan sebagainya, memang perlu kod ini, boleh baca di sini untuk panduan dapatkan kod tersebut. Seterusnya klik butang “Add To […]