Hari selasa lepas, bekalan air di rumah sewa tempat saya tinggal sekarang telah dipotong. Semuanya gara-gara hampir empat bulan tidak bayar bil.

Kenapa sampai 4 bulan tidak bayar bil? Kerana kononnya terlalu sibuk berlatihan industri sehingga tidak ada masa untuk membayar bil air dan juga bil elektrik (bil elektrik pun sama juga tidak bayar, nasib baik tuan rumah sanggup ambil duit dan tolong bayarkan bagi pihak kitorang, kalau tidak sama juga nasibnya akan kena potong).

Sebab terlalu sibuk, selalu stayback sampai lewat malam, bila celik mata pagi-pagi pun sudah lewat untuk ke ofis dan memang tiada masa langsung untuk ke pejabat pos.

Ada masalah lain sebenarnya

Memang lah saya tahu boleh bayar guna cash deposit machine atau online banking, namun atas sebab-sebab tertentu maka pembayarannya tertanguh dan tertangguh sampailah pada hari kejadian sedang kelam-kabut balik untuk “berhajat” dan tanpa disangka-sangka bekalan air sudah dipotong.

Memang tidak disangka hari itu akan berlaku pemotongan walaupun memang sudah dapat amaran merah pada bil yang terakhir. Siap dapat bil pemotongan yang warna merah jambu tu sekali.

Pada surat itu dinyatakan dengan jelas bahawa kalau mahu sambung balik kena pergi ke pusat bayaran SYABAS yang terdekat dan dalam case ini di Jalan Templer. No way man, nak bayar di pejabat pos yang sekangkang kera dengan ofis saya di Kelana Jaya itu pun tiada masa, inikan pula mahu ke sana, seems impossible.

Surat notis pemotongan bekalan air SYABAS
Dapat surat cinta, sepatutnya membuatkan hati rasa berbunga. Tapi surat cinta ini menghancurkan hatiku… LOL XD

Malam itu juga saya tanya PUSPEL boleh ke tidak kalau bayar pakai CDM atau online banking. Mereka beritahu boleh je, so apa lagi, terus je jelaskan bayaran menggunakan CDM. Saya guna mesin deposit tunai CIMB Bank.

Caranya pilih option bayaran bil pada skrin utama, maka akan keluar senarai perkhidmatan yang pertama, dalam kes saya hari itu SYABAS tiada dalam senarai pertama, maka tekan pada senarai seterusnya.

Dalam senarai kedua, ada tersenarai SYABAS, dalam kes itu, dituliskan nombor 200 pada sebelah kiri nama SYABAS, meaning kena masukkan angka 200 untuk proceed pembayaran kepada syarikat berkenaan, kemudian masukkan nombor akaun penerima, nombornya ialah angka 13 digit yang tertera pada bil.

Kemudian masukkan wang (tunggakan adalah RM240++ termasuk RM35 caj pemotongan dan RM35 cas penyambungan semula – tak pasal-pasal kena bayar extra RM70). Jadi saya perlu masukkan RM250 since CDM tak terima any bank notes smaller than RM10. Selepas tekan terima simpan resit sebagai bukti, jangan terus renyuk dan campak dalam tong sudah lah.

Then saya cepat-cepat beritahu SYABAS bahawa bayaran sudah dijelaskan. Maklum balas pihak mereka ialah perkara ini sudah dimajukan kepada bahagian berkaitan dan proses penyambungan semula akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam dan Alhamdulillah balik sahaja ke rumah sewa pada malam itu, bekalan air sudah kembali.

Terasa seperti mendapat emas sahaja, memang betul benda yang kita ada sekarang memang tak reti untuk hargainya, tapi bila tiada, rasa suatu kehilangan. Memang mandi sakan la malam itu, ya lah, dah mandi pun pakai dua botol air je, badan rasa melekit-lekit, air beli kat mesin air kat bawah sana. Lain kali memang akan cepat-cepat bayar bil, kalau tidak jadi kambing lah jawabnya. 🙂

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

One thought on “Bekalan Air Paip Kena Potong – 4 Bulan Tak Bayar Bil”
  1. Alasan………dah kena potong boleh pulak ada masa nak pegi mesin CDM. Sibuk sgt kononnya…..alahai…..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *