Kali ini aku akan kongsikan sedikit senarai filem, drama dan telefilem dalam loghat Kelantan, yang hampir sepenuhnya atau lebih 50% menggunakan dialek Kelantan sebagai bahasa pertuturan. Senarai ini hanyalah berdasarkan pengalaman pernah menontonnya dan sekiranya anda mempunyai tambahan, sila tinggalkan komen.

FILEM

Jogho

Filem Jogho
Filem Jogho

Sinopsis

Mamat adalah penduduk asli Kelantan, Malaysia, tapi ia telah meninggalkan Malaysia bertahun-tahun dahulu untuk bergabung dengan saudaranya Lazim di Thailand Selatan dalam rangka untuk meneruskan membuat hidupnya sebagai pelatih pertempuran lembu jantan (Jogho). Praktek telah dilarang di Malaysia tapi terus di Thailand. Mamat tinggal bersama isteri dan tiga putri, tiga janda dan satu yang belum berkahwin, tetapi ia telah menghantar satu-satunya anak ke sekolah berasrama di Kelantan. Mamat dan Lazim adalah pemimpin di sebuah desa kecil yang sebahagian besar bergantung pada memenangi wang daripada judi di bullfights bagi rezeki. Cerita bermula ketika Lazim dibunuh oleh Isa di arena perkelahian manusia melawan banteng. Dengan tradisi, daun ini Mamat dan pemuda tanggung jawab melakukan balas dendam dan dengan demikian menjaga kehormatan desa. Mamat dilihat Kelantan dan menetapkan untuk temannya Jaafar untuk menemukan dan membunuh para pelaku. Pulang ke rumah, Mamat adalah gored oleh banteng baru dan terbaring di tempat tidur selama beberapa hari. Pada saat yang sama Lazim dua putra dan seorang teman telah pergi ke bandar dan berjaya membunuh Isa Ibni Hamdan dan pembantunya Dollah Munduk. Setelah pembunuhan, laki-laki muda bersembunyi dan Mamat ditangkap oleh polis Thailand, meninggalkan perempuan sendirian untuk menguruskan tidak hanya urusan desa, tetapi juga untuk merawat lembu jantan. Dari penjara, Mamat memohon dengan isterinya untuk membayar jaminan agar ia akan dapat melawan banteng baru. Dia akhirnya dibebaskan pada pagi hari dari perkelahian manusia melawan banteng. Perkelahian manusia melawan banteng di arena, Isa datang untuk membalas kematian putranya. Isa tunas rindu Mamat tapi ajaib tembakan pertama dan tembakan kedua hanya menguruskan untuk luka Mamat di bahu. Mamat bergulat pistol daripada Isa dan mengetuk ke tanah. Sekarang Mamat memiliki kesempatan untuk membunuh Isa dan membalas kematian Lazim, namun Mamat menolak ketika ia telah menjadi lelah membunuh Melayu Melayu. Dia menurunkan pistol. Tapi Ibni Lazim Sani meraih pistol dan tunas Isa sebagai gantinya. Polis datang dan Mamat menyerah diri kepada mereka, mengambil tanggung jawab atas pembunuhan. Walaupun Mamat diambil oleh polis Thailand, kitaran kekerasan dalam masyarakat Melayu terus berlaku.

Barisan Pelakon

  • Mamat (Khalid Salleh)
  • Minah (Nomah Damanhuri)
  • Sani (Adlin Aman Ramli)
  • Salim (Ijoy)
  • Jali (Sabri Yunus)  

 

Wayang

wayang
Filem Wayang

Sinopsis

Awang Lah(Eman Manan), seorang dalang tersohor, tiba-tiba didepani masalah mengajar wayang kulit kepada seorang kanak-kanak lelaki buta dan seorang kanak-kanak perempuan bersuara sengau. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar dan kanak-kanak istimewa itu. Awi(Zul Huzaimy Marzuki) sekalipun buta tetapi mampu menghafal cerita-cerita wayang kulit dengan baik, dan Melor(Mas Muharni) pula pandai melukis patung dan menggerakkannya di kelir mengiringi cerita yang dituturkan Awi. Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh(Wan Kenari), sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama. Cinta berputik antara Awi dan Melor. Jusoh yang menaruh hati pada Melor menjadi marah dan mula mengganggu Awi, sehinggakan Awi tertuduh membakar panggung wayang kulit Awang Lah. Awang Lah mendepani Jusoh setelah mengetahui dari Awi siapa sebenarnya yang membakar panggung wayang kulitnya. Awang Lah memberi amaran kepada Jusoh supaya tidak lagi menganggu Awi dan mengusik Melor. katanya kedua-dua remaja itu adalah tanggung-jawabnya seperti anaknya sendiri. Awang Lah terjatuh sewaktu bermain wayang kulit. Persoalannya: mampukah Awi dan Melor meneruskan warisan kesenian wayang kulit? Adakah Awi yang buta dapat menghadapi Jusoh? Bolehkah anak lelaki Awang Lah yang kini remaja menerima wayang kulit? Adakah Awi dan Melor dapat hidup bahagia seperti Seri Rama dan Sita Dewi dalam cerita wayang kulit yang mereka mainkan?

Barisan Pelakon

  • Eman Manan
  • Ida Nerina
  • Zul Huzimy
  • Marzuki
  • Mas Muharni  

 

Budak Kelantan

Budak Kelantan
Budak Kelantan

Sinopsis

Dua orang sahabat, Buchek (Danny X-Factor) dan Jaha (Asrulfaizal Kamaruzaman) bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama. Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur. Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus. Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor (Bienda), teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia. Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis Cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.

Barisan Pelakon

  • Mohd Kardanie
  • Anwa Bienda
  • Mohd Asrulfaizal
  • Kamaruzaman

 

Bunohan (Tajuk Antarabangsa: Return To Murder)

Bunohan
Bunohan

Sinopsis

Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya. Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

Barisan Pelakon

  • Faizal Hussein
  • Zahiril Adzim
  • Pekin Ibrahim
  • Bront Palarae
  • Nam Ron
  • Soffi Jikan

Tonton Trailer

TELEMOVIE

Sorok Bau Budu

Sorok Bau Budu
Sorok Bau Budu

Deris menetap dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia sudah tiga tahun tidak balik menyambut Hari Raya Haji di kampungnya di Kelantan. Lima hari sebelum Hari Raya Haji, Pak Brahim dan Mak Esah mengambil keputusan untuk datang menjemput Deris di Kuala Lumpur. Kedatangan ibu bapanya membongkar rahsia kehidupan Deris. Walaupun dia seorang budak Kelantan, ada peristiwa yang tragis menyebabkan Deris memilih untuk tidak untuk bercakap dalam loghat Kelantan.

 

Tali

Tali
Tali

Mengisahkan Che Soh yang berhasrat untuk mempereratkan kembali hubungan adik beradik antara Zaki dan Azhar yang semakin renggang melalui lembu korban yang diselenggaranya. Namun usaha Che Soh tidak semudah yang direncana apabila lembu yang ingin dijadikan korban terlepas dari ikatan dan hanya tinggal tali. Tercapaikah hasrat Che Soh menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka?

 

Sebuah Piala Seekor Kambing

Sebuah Piala Seekor Kambing
Sebuah Piala Seekor Kambing

Kampung Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah di bawah jagaan seorang Penggawa yang baru di lantik. Di malam perasmian perlantikan penggawa itu tercetus pergaduhan antara budak-budak kampung Bendang Kweng dan Pantai Cheang Nipah. Penggawa ingin menyatukan dengan mengadakan pertandingan bola sepak pantai 7 Sebelah. Saksikan satu lagi drama berunsurkan komedi di bawah arahan Sabri Yunus, seperti Sorok Bau Budu, telefilem SEBUAH PIALA SEEKOR KAMBING akan mengangkat sekali lagi keindahan budaya Kelantan.

 

Mek

Telefilem MEK
Telefilem MEK

Lakonan Remy Ishak yang datang ke Kelantan dan jatuh hati kepada Mek (lakonan Nur Fathia). Dalam masa yang sama budak lelaki sekampung mek (lakonan Mohd Asrulfaizal – Jaha dlm filem Budak Kelantan) suka kepada Mek. Apabila budak lelaki ini tidak ada masalah dalam pinangannya terhadap mek, maka dia bertindak menculik Mek.

 

Mek Salmah Dari Scotland

Mek Salmah Dari Scotland
Mek Salmah Dari Scotland

Kisah Mek Salmah yang pulang dari Scotland dan mendapat perhatian seluruh kampung. Semua orang jakun dengan kehadirannya. Banyak aksi mencuit hati. Ramai yang ingin mengorat beliau. Apakah yang terjadi seterusnya?

Tonton Teaser

 

Mek Salmah Ratu Budu

Mek Salmah Ratu Budu
Mek Salmah Ratu Budu

Sambungan cerita di atas (rasanya). Mek Salmah menyamar sebagai orang Indonesia dan menjual jamu bersama pelakon Maya (Matahari).

 

Anak Mami Mek Ani

Anak Mami Mek Ani
Anak Mami Mek Ani

Mengisahkan Rauf seorang anak kepada Mami Zee yang akan jadi ‘gila’ apabila berdepan dengan anak mami. Setelah kematian bapanya, bapanya mewariskan harta kepadanya namun Mami Zee meletakkan syarat supaya Rauf berkahwin terlebih dahulu dengan anak mami sebelum boleh mendapatkan harta warisan tersebut. Disebabkan Rauf yang akan jadi gila apabila berdepan dengan perempuan menyukarkan keadaan ini. Namun apabila Rauf berkenalan dengan Ani, seorang gadis Kelantan yang datang ke Penang untuk berniaga budu, dia tidak mengalami masalah ‘gila’nya. Mereka akhirnya bercinta. Masalahnya sekarang ialah Ani bukanlah anak mami seperti yang dimahukan oleh Mami Zee.

 

LAIN-LAIN YANG MENYELITKAN BABAK-BABAK ‘KECEK KLATE’

Drama tiga budak botak
Filem Ngangkung
Filem Kongsi – Kononnya Tumulak nak cakap Siam, tapi adik-beradik jer Kelantanese dengan Jawi (Melayu Siam)

Banyak lagi yang lain-lain tapi ada yang aku lupa dan ada juga yang aku tak tahu. Insya Allah nanti boleh update pada lain masa.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *