Haha.. hari ni (25 ogos 11) aku kembali menjejakkan kaki ke sekolah rendah..
SK Kubang Batang..
Setelah agak-agak 6 tahun tak pergi ke sana sejak darjah 6 aku tamat..
Hari ni, dgn tidak semena-mena aku ke sana,
Bukan apa sebab nak sahkan salinan dokumen dengan untuk minta G.B. jadi saksi dokumen perjanjian jer,
Mula-mula pergi sekolah menengah,
Dok usha kot luar nampak macam kete Mr. Pengetua takde jer,
Mesti tuannya pun takde juga bila kete takde,
Lagipun segan la,
baru minggu lepas pegi nak mintak cop untuk urusan scholarship JPA,
hari ni datang untuk urusan PTPTN pulak,
entah la,
pening aku,
belum masuk U dah pening nak prepare tu prepare ni,
bila kat U nanti, boleh meletup kepala otak aku ni..
So, wat keputusan nak pegi sekolah rendah je,
malas nak jumpa penghulu/YB..
Melangkah masuk ke sekolah tu,
banyak dah yang berbeza,
berbanding zaman aku dulu, sekarang ni dah makin maju,
siap ada CCTV lagi.
Rata-rata masih ada lagi cikgu yang belum bertukar,
sebelum aku masuk ke pejabat, aku terjumpa seorang cikgu yg mengajar KH (Kemahiran Hidup) aku dulu,
dia memang dah tak kenal aku, tapi dia boleh tanya pulak aku ni anak saper,
bila cakap saper bapak aku, konfem la dia kenal,
dia kata dah tak cam sebab dah lama,
lagipun, budak dengan sekarang ni tentu la dah jauh beza,
tak macam orang dewasa, 30 tahun pun, still dapat cam,
Yang aku terharu adalah, aku dapat jumpa lagi dgn G.B.,
Guru Besar yang sama sejak zaman aku sampai sekarang,
2004 aku darjah 6, tahun pertama beliau bertukar ke sana,
sekarang dah masuk 8 tahun kat sana,
Still kat sana lagi,
Walaupun dia tak kenal aku,
Walaupun dulu boleh kata aku ni murid kesayangan dia ( …. )
Tapi tak kisah la, sama la kes macam cikgu KH aku,
kalau baru setahun dah tak kenal memang melampau,
ni dah 8 tahun mmg patut la kan..
Lepas mendapat pengesahan semua,
dia wish all the best la masa di U,
aku pun okay la..
Dapat jumpa balik G.B. dah ok bagi aku…