Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun 2023 bagi 6 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu ialah pada 12 Ogos 2023.
Berikut ialah panduan untuk menyemak maklumat saluran dan nombor giliran pemilih secara atas talian.
Dengan menyemak maklumat-maklumat ini lebih awal akan melancarkan proses pada hari mengundi kerana anda sudah tahu ke mana arah tuju anda.
Buat carian “semakan daftar pemilih” dan klik pada pautan yang pertama atau terus klik pada pautan ini.
Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa “-” serta isikan nombor captcha dan klik pada butang “Semak.”
Maklumat -maklumat seperti tempat mengundi, saluran, nombor giliran dan waktu yang disarankan untuk keluar mengundi akan dipaparkan. Sila ingat baik-baik untuk memudahkan urusan pada hari pengundian.
Selamat mengundi kepada anda yang terlibat.
Berkaitan: Panduan daftar pemilih di pejabat pos.